Terdapat 1203 berita berdasarkan kata kunci carian " ahli"

Kepengerusian ASEAN 2025: Kerajaan Disaran Jadikan Ekonomi Hijau Antara Agenda Utama

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Seorang Ahli Dewan Rakyat mencadangkan agar kerajaan menjadikan ekonomi hijau sebagai antara agenda utama ketika Malaysia menjadi pengerusi ASEAN tahun depan.

Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal Susulan Kelemahan Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentum pengukuhannya apabila dibuka meningkat pada Selasa ketika Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) lemah susulan pengumuman data gaji bukan perladangan negara maju itu, Jumaat lepas.

ABM Terima GX Bank, Boost Bank Sebagai Ahli Baharu

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) mengumumkan kemasukan GX Bank Bhd dan Boost Bank Bhd sebagai ahli baharu, menandakan detik penting dalam industri perbankan Malaysia.

Sentimen Pemilihan Presiden, Kadar Faedah AS Dorong Ringgit Ditutup Mengukuh

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup urus niaga Isnin menjelang jangkaan pengurangan kadar faedah utama negara maju itu di tengah-tengah ketidaktentuan membabitkan pemilihan presiden AS esok, kata ahli ekonomi.

Rehda: Cadangan Hadkan Pembelian Rumah Boleh Jejaskan Sektor Perumahan, Ekonomi

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) memberi amaran cadangan untuk mengehad bilangan unit kediaman yang boleh dibeli oleh rakyat Malaysia untuk pelaburan boleh menyebabkan keruntuhan sektor perumahan.

​​​​Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit mencatatkan kenaikan semula untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, ekoran dolar AS lemah dengan pasaran menunggu peristiwa penting minggu ini.

5,000 Pengunjung Meriahkan Karnival Kita Peduli mySalam

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Penganjuran Karnival Kita Peduli mySalam yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Klang, Selangor hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 5,000 pengunjung.

FGV Lantik Fakhrunniam Othman Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berkuat Kuasa 1 Nov 2024

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) --FGV Holdings Bhd melantik Fakhrunniam Othman sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Nov 2024.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi hari ini berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) kerana peniaga dan pelabur kekal berjaga-jaga menjelang pilihan raya presiden AS, kata seorang penganalisis.

Tawaran Kerja AS Susut, Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan dagangan Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas pengumuman data tawaran pekerjaan negara maju itu bagi September yang mencecah paras terendah dalam tempoh tiga setengah tahun.

Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun wujud sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden AS dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Rizab Persekutuan (FOMC) minggu depan.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar US pada Isnin dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) minggu depan, kata seorang penganalisis.