BERITA TERKINI   Kementerian Luar sahkan laporan seorang rakyat Malaysia hilang di Jeddah sejak 15 Jan lepas | Kementerian Luar sahkan laporan rakyat Malaysia hilang di Jeddah sejak 15 Jan lepas | 

Terdapat 1598 berita berdasarkan kata kunci carian "klci"

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Pada Tengah Hari, Indeks Utama Naik 11.90 Mata

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada tengah hari Jumaat, didorong aktiviti belian saham wajaran tinggi terpilih yang didahului oleh kaunter kewangan.

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka lebih kukuh pada Jumaat, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Disokong Pengukuhan Ringgit, Kenaikan Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan di pasaran serantau, disokong oleh pengukuhan ringgit yang meningkatkan sentimen pasaran susulan prestasi positif Wall Street semalaman.

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, sejajar dengan kenaikan di pasaran tunai.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan hari ini dengan sentimen kukuh, menamatkan penyusutan sebelumnya berikutan kenaikan indeks petunjuk pasaran yang didorong oleh saham sektor perindustrian dan pengguna.

Aktiviti Belian Saham Wajaran Tinggi Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, mengatasi prestasi pasaran serantau susulan kemunculan aktiviti belian bagi saham wajaran tinggi terpilih, terutama kaunter produk perindustrian, pengguna dan perkhidmatan.

Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan urus niaga lebih rendah dalam sesi dagangan awal pada Khamis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Semalaman Wall Street

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kelemahan semalaman yang dicatatkan oleh pasaran Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung Selepas Kenaikan Empat Hari

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung selepas indeks petunjuk pasaran mencatat prestasi positif setakat ini pada tahun ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan di pasaran tunai.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Tekanan Jualan Berterusan

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika tengah hari pada Rabu susulan aktiviti penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang berterusan, meskipun bursa serantau mencatatkan momentum peningkatan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika dibuka pada Rabu berikutan pengambilan untung awal yang sederhana, menjejaki pasaran serantau yang hambar dan petunjuk bercampur-campur dari Wall Street.