BERITA TERKINI   Nilai transaksi perbelanjaan SARA di pasaran tempatan mencecah RM4.8 bilion - Amir Hamzah | Agong berkenan kurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 54 individu sempena Hari Wilayah Persekutuan 2026 | Sebanyak RM150 juta baki peruntukan bantuan Program SARA (MyKasih) tidak dibelanjakan penerima sehingga 31 Dis 2025 - Amir Hamzah | Seorang lelaki maut dan tujuh lagi cedera dalam kemalangan di KM 433 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Rawang awal pagi tadi - Bomba Selangor | Seramai 31 mangsa terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di KM433 Lebuhraya PLUS arah selatan awal pagi tadi - Bomba Selangor | 

Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan urus niaga lebih rendah dalam sesi dagangan awal pada Khamis.

Pada 9.19 pagi, kontrak Disember 2025 dan Jun 2026 masing-masing turun 3.0 mata kepada 1,638.0 dan 1,628.50 manakala Januari 2026 susut 2.5 mata kepada 1,641.50 dan Mac 2026 merosot 2.0 mata kepada 1,626.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,139 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 39,317 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI turun 4.35 mata kepada 1,637.09 selepas 37 minit dagangan dijalankan berbanding 1,641.44 yang dicatatkan semalam.

-- BERNAMA