3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencadangkan agar amalan kawal selia yang baik (GRP) dijadikan sebagai pemacu utama integrasi ASEAN untuk mengukuhkan daya saing serta tarikan pelaburan blok itu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Peningkatan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dari tahun ke tahun membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Northport (Malaysia) Bhd catat rekod kendalian muatan kargo konvensional bulanan tertinggi sebanyak 1,327,883 tan berat muatan (FWT) pada September 2025.
3bulan ago
LABUAN, 13 Okt (Bernama) -- Persidangan Tuna Labuan 2025 yang julung kali diadakan menandakan pencapaian penting bagi Labuan, seiring dengan perkembangan pesat industri tuna tempatan serta aspirasi Malaysia untuk menjadi hab tuna serantau.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) mesti dilaksanakan secara strategik, disertai infrastruktur sokongan dan ketersambungan pengangkutan awam, kata Institut Pengangkutan Malaysia (MiTRANS).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 memaparkan usaha menseimbangkan penyatuan fiskal dengan elemen seperti kesaksamaan dan daya saing, demikian menurut beberapa ahli Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Prospek pasaran kewangan Malaysia kekal positif disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, dasar monetari yang menyokong dan pembaharuan struktur yang berterusan demi menjamin kemampanan pertumbuhan ekonomi.
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Ekonomi Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan sederhana antara 4 hingga 4.5 peratus pada 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah, Kisho Kumari Sucedaram and Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Eksport semikonduktor dan aplikasi kelebihan kecerdasan buatan (AI) yang meningkat akan menjadi antara faktor yang menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan pada kadar antara 4.0 dan 4.5 peratus yang membanggakan berbanding 4.0 hingga 4.8 peratus tahun ini walaupun berdepan cabaran perdagangan global, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) bersama pengurus dana PHB Asset Management Bhd (PHBAM) hari ini mengumumkan agihan pendapatan akhir sebanyak 2.10 sen seunit bagi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Sept 2025.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- United Parcel Service (UPS), iaitu sebuah syarikat logistik global telah membuka pusat pembungkusan baharu seluas 20,000 kaki persegi di Taman Sains Pulau Pinang Utara, Pulau Pinang.
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka membentangkan Belanjawan 2026 bersifat mengembang, dengan defisit fiskal diunjurkan sekitar 3.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), sedikit menurun berbanding 3.8 peratus tahun ini, kata seorang ahli ekonomi.