Naratif Kukuh Kerajaan Dorong Ringgit Antara Mata Wang Berprestasi Terbaik Dunia - Rafizi
SHAH ALAM, 1 Okt (Bernama) -- Langkah mengguna pakai naratif bersesuaian dan keberanian melaksanakan beberapa keputusan yang sukar telah menyumbang kepada peningkatan ringgit untuk muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik dunia berbanding dolar AS, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.