BERITA TERKINI   PM Anwar seru semua pihak supaya tidak timbulkan sebarang bantahan terhadap lawatan Trump dan usaha diplomatik konflik Gaza | Malaysia komited dalam usaha hentikan pertumpahan darah di Gaza dan sokong proses perdamaian - PM Anwar | Kepulangan sembilan aktivis Malaysia dalam misi kemanusiaan FFC sedang diuruskan dengan bantuan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan -- PM Anwar | Sembilan aktivis Malaysia sertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza mungkin dibawa ke Istanbul, Turkiye petang ini - MyCARE | Gempa bumi kuat melanda Mindanao, Filipina pada 9.44 pagi, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia - MetMalaysia | 

Kerajaan MADANI Komited Perkasa Industri Sawit Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata kerajaan telah meneruskan siri libat urus untuk mendengar pandangan setiap segmen masyarakat termasuk pemain industri di negara ini menjelang pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini. 

“Dalam sesi libat urus, beberapa perkara telah disentuh dan diberi perhatian antaranya isu berkaitan tenaga kerja asing dan kadar pengeluaran sawit yang rendah. 

“Di samping itu, usaha meningkatkan aktiviti hiliran berkaitan sawit dalam usaha memastikan kelangsungan industri sawit negara turut dibincangkan,” kata Anwar menerusi hantaran di laman X beliau hari ini.

Siri libat urus Perdana Menteri itu adalah bersama Menteri Besar Perak, Menteri Perladangan dan Komoditi, Ketua Setiausaha Negara serta pegawai kanan kerajaan dan pemain industri sawit.

-- BERNAMA