Terdapat 1483 berita berdasarkan kata kunci carian " sederhana"

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Pengumuman Pembayaran Gaji Bukan Ladang

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) --  Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dipengaruhi oleh peningkatan Indeks Dolar AS (DXY) ketika pasaran global akan memberi tumpuan terhadap pengumuman pembayaran gaji bukan ladang AS malam ini.

Fasa Pertama Banci Ekonomi 2026 Fokus Sektor Informal, Termasuk Peniaga Dalam Talian - DOSM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Fasa pertama Banci Ekonomi (BE) 2026 yang sedang berlangsung ketika ini memberi fokus kepada sektor informal termasuk perusahaan berskala kecil, mikro dan perniagaan dalam talian yang semakin berkembang pesat, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Johor Peneraju Pasaran Hartanah, Sabah Catat Kenaikan Rentas Sektor - Rahim & Co

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Johor muncul sebagai satu daripada negeri paling berprestasi dalam jumlah dan nilai transaksi hartanah manakala Sabah mencatatkan peningkatan di segmen kediaman, komersial dan perindustrian.

Pelaksanaan RMK13 Penentu Hala Tuju Ekonomi Negara, Manfaat Untuk Rakyat – Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Tahun 2026 menjadi tempoh permulaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan tumpuan utama terhadap aspek penterjemahan dasar kepada tindakan sebenar demi memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Zufazlin Baharuddin dan K.Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lainnya walaupun terdapat pengumuman data ekonomi AS lebih kukuh pada lewat malam tadi.

Indeks Utama Bursa Malaysia Pulih 0.27 Peratus Susulan Pembelian Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelum ini untuk ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, memperoleh 0.27 peratus pada dagangan lewat apabila minat belian kembali kepada saham wajaran tinggi terpilih. 

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Data Ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pasaran mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi penting AS lewat malam ini, kata seorang penganalisis.

Kerajaan Pantau Risiko Geopolitik Global Terhadap Harga Minyak - KSU Perbendaharaan

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau landskap geopolitik global dari perspektif ekonomi untuk menilai potensi impaknya terhadap pergerakan harga minyak, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Pasaran Hartanah Malaysia 2026 Kini Memasuki Tahap Relevan - CBRE WTW

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) --  Memasuki 2026, pasaran hartanah Malaysia yang berdaya tahan sebelum ini sedang berkembang memasuki tahap relevan selepas disokong oleh kestabilan ekonomi, pembaharuan dasar dan pembangunan yang diterajui infrastruktur, menurut CBRE WTW Valuation and Advisory Sdn Bhd (CBRE WTW).

Pengendali Talian Tetap Akan Pacu Keuntungan Sektor Telekomunikasi Pada 2026 -- HLIB

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Pengendali talian tetap dijangka memacu keuntungan dalam sektor telekomunikasi Malaysia pada 2026, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Bioeconomy Corporation Sasar Perolehan RM2.2 Bilion Pada 2026

PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama) -- Bioeconomy Corporation menyasarkan untuk menjana perolehan sekurang-kurangnya RM2.2 bilion daripada syarikat di bawah program Status BioNexus dan Pemecut Berasaskan Bio (BBA) pada 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam keadaan dagangan yang kurang memberangsangkan, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut di bawah paras 1,670.