29hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Syarikat penjenamaan dan pemasaran SBS Nexus Bhd mula disenaraikan tidak berubah di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen sesaham.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak RM1.39 bilion bagi tahun kewangan 2025 merangkumi 84 dana borong dan runcit.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menukar jawatan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Benyamin Ismail kepada pengurus besar berkuat kuasa hari ini sebagai sebahagian daripada penstrukturan perniagaan penerbangan AirAsia Group di bawah AAX.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- IJM Corporation Bhd (IJM) telah mengesahkan bahawa pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah hadir di pejabat syarikat itu hari ini untuk mendapatkan maklumat sebagai sebahagian daripada proses dijalankan mereka.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Jukris Abdul Wahab sebagai ketua pegawai operasi (COO) berkuatkuasa pada 1 Feb, 2026.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pergerakan penumpang di seluruh rangkaian global Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencecah 153.3 juta pada 2025, mencerminkan momentum positif seiring bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) - - AirAsia X Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan AirAsia Bhd (AAB) dan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) daripada Capital A Bhd, menandakan berakhirnya proses penstrukturan semula kumpulan penerbangan itu.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA SELANGOR, 18 Jan (Bernama) -- SumiSaujana Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya SumiSaujana TCM Chemicals Sdn Bhd (SSTCM), merancang untuk mempelbagaikan lagi operasinya ke dalam industri bahan kimia khusus berasaskan bio tahun ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Selepas 23 tahun menjalinkan kerjasama, akhirnya perkongsian antara Aeroline dan Hotel Corus KLCC menuju ke tarikh penamatnya.
1bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Jan (Bernama) -- Flexi Flex Group yang memulakan operasi di pulau bebas cukai, Labuan pada 2014 dengan sumber yang terhad tetapi mempunyai tekad yang kuat, kini berkembang menjadi pemain industri dikenali dan diiktiraf di wilayah persekutuan berkenaan.
1bulan ago
LABUAN, 16 Jan (Bernama) -- Labuan hari ini menganjurkan Dialog Strategik Minyak dan Gas (O&G) bagi mengatasi kekangan operasi dalam industri dan mengukuhkan kerjasama antara sektor swasta serta pengawal selia kerajaan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) --TH Plantations Bhd (THP) dan Cenergi SEA Bhd (Cenergi) memulakan operasi Loji Jana Kuasa Biogas Cenergi Lawiang 1.2 megawatt (MW) yang merupakan satu perkembangan penting untuk memajukan penyelesaian sisa ke tenaga dalam sektor perladangan.