5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines mencatat prestasi tepat masa (OTP) sebanyak 85.3 peratus setakat Mei 2025 dan diikuti oleh AirAsia pada 84.5 peratus dan Batik Air 73.5 peratus bagi segmen penerbangan domestik.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Annum Bhd (Annum) akan dinyahsenarai daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) pada 12 Ogos 2025, selepas rayuannya ditolak bagi mendapatkan lebih masa untuk mengemukakan pelan penyusunan semula.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Jumlah rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$121.3 bilion (US$1=RM4.218) pada 31 Julai, 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Semua komitmen pembelian dan pelaburan yang ditawarkan oleh Malaysia dalam rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) adalah urusan komersial oleh syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tanpa melibatkan sebarang dana awam mahupun menambah beban fiskal atau hutang negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Cadangan pelaksanaan bayaran pencen secara bulanan bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) tidak akan menjejaskan hak pengeluaran ahli sedia ada.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Industri getah Malaysia bukan sahaja perlu memenuhi piawaian global tetapi juga perlu menetapkan penanda aras baharu supaya kekal berdaya saing dalam pasaran bernilai tinggi, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan dan pemain teknologi kewangan (fintech) sedang meningkatkan usaha untuk berkembang merentas ASEAN, mengguna pakai strategi yang disesuaikan bagi mengukuhkan kehadiran dalam landskap perkhidmatan kewangan digital rantau ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Tidak semua permintaan Amerika Syarikat (AS) melibatkan aspek perdagangan digital dan teknologi dipersetujui Malaysia semasa rundingan tarif timbal balik antara kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Langkah Malaysia tidak mengenakan sebarang sekatan eksport ke atas bekalan unsur nadir bumi/mineral kritikal kepada Amerika Syarikat (AS) tidak bermaksud negara memberikan hak eksklusif kepada AS bagi bekalan tersebut.
6bulan ago
SEREMBAN, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan menjangkakan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini bakal memberi sumbangan besar kepada hasil negeri bermula 2027, demikian Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan diberitahu hari ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) - Kerajaan hanya akan membenarkan pengimportan daging dan produk daging serta unggas dan produk unggas yang mendapat sijil Halal daripada badan pensijilan halal Amerika Syarikat (AS) yang mematuhi piawaian dan standard halal ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
6bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengumumkan secara rasmi pelaksanaan penuh rasionalisasi antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), menjadikan CAAM satu-satunya badan kawal selia penerbangan awam negara merangkumi aspek teknikal, keselamatan dan ekonomi.