BERITA TERKINI   Kesemua 36 pusat mengundi bagi PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag dibuka serentak 7.30 pagi ini- SPR | 

Terdapat 10948 berita berdasarkan kata kunci carian " di"

SBS Nexus Dibuka Tidak Berubah Kepada 25 Sen Ketika Mula Disenarai Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Syarikat penjenamaan dan pemasaran SBS Nexus Bhd mula disenaraikan tidak berubah di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen sesaham.

AHAM Capital Agih Pendapatan RM1.39 Bilion Merangkumi 84 Dana Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak RM1.39 bilion bagi tahun kewangan 2025 merangkumi 84 dana borong dan runcit.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.0-4.20 Tahun Ini - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) --Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran 4.0-4.20 berbanding dolar AS tahun ini, disokong oleh struktur akaun luaran Malaysia yang bertambah baik walaupun peningkatannya masih dikekang oleh aliran keluar portfolio global dan dolar yang lebih kukuh.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen serantau yang bercampur-campur.

Inflasi Malaysia Meningkat 1.6 Peratus Pada Disember 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.5 berbanding 133.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Strategi Diplomasi Perdagangan Dilaksanakan Bagi Tangani Diskriminasi - Noraini

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kerajaan mengamalkan strategi diplomasi perdagangan yang dinamik untuk menyesuaikan pendekatan mengikut keperluan pasaran utama bagi menangani sebarang bentuk diskriminasi. 

Perjanjian ART Malaysia-AS Belum Dikuatkuasakan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai pada 26 Oktober, 2025 semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 masih belum dikuatkuasakan berikutan kerajaan masih dalam peringkat perundingan dan mahukan jaminan bertulis yang jelas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Catat Jumlah Perdagangan RM3 Trilion Pada 2025, Tertinggi Dalam Sejarah - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengumumkan jumlah perdagangan Malaysia bagi tahun 2025 yang tertinggi dalam sejarah hari ini, sekali gus mencatatkan satu lagi pencapaian penting ekonomi negara.  

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Ketegangan AS-EU Memuncak

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menjejaki Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih lemah susulan ketegangan antara AS dan Kesatuan Eropah (EU) memuncak susulan kenyataan baharu oleh pentadbiran Presiden AS Donald Trump mengenai Greenland. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Kelempaban Soya Di CBOT

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kelembapan dalam pasaran minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), menurut seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi seiring dengan kenaikan di pasaran COMEX Amerika Syarikat.

JcbNext Lupus Baki Pegangan 9.45 Peratus Dalam Nova Pharma Pada Harga RM5.21 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- JcbNext Bhd melupuskan keseluruhan 9.45 peratus pegangan ekuitinya dalam Nova Pharma Solutions Bhd pada harga RM5.21 juta selepas menerima tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat daripada Southern Score Builders Bhd.