Terdapat 10751 berita berdasarkan kata kunci carian " bernama"

Pengeluaran Dijangka Rendah Pacu Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup lebih tinggi pada Rabu, didorong oleh jangkaan pengeluaran yang lebih lemah, kata seorang peniaga.

Kerajaan Lulus Pelaburan Milikan Asing Sektor Perkilangan Bernilai RM357.1 Bilion Dari 2022 - Sept 2025

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) - Sebanyak 1,361 projek pemilikan asing dalam sektor perkilangan di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah diluluskan dengan jumlah pelaburan bernilai RM357.1 bilion bagi tempoh 2022 hingga September 2025.

Perdagangan Malaysia-ASEAN Naik 1.7 Peratus Kepada RM709.08 Bilion Untuk Jan-Nov 2025 - MITI

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Perdagangan Malaysia dengan ASEAN mencatatkan peningkatan 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion untuk tempoh Januari hingga November 2025, mewakili 25.6 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia sebanyak RM2.775 trilion bagi tempoh yang sama pada 2024.

IJM Jelaskan Akaun Bank Dikenakan Sekatan Sementara Bagi Bantu SPRM

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- IJM Corp Bhd hari ini menjelaskan sebilangan kecil akaun bank syarikat itu dikenakan sekatan sementara bagi membantu usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumpulkan maklumat pada masa ini.

Harga Emas Global Cecah Paras Tertinggi, Lonjakkan Niaga Hadapan Emas Di Bursa Malaysia

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi, menjejaki peningkatan pasaran global apabila harga melonjak ke paras tertinggi baharu iaitu lebih AS$4,800 setiap auns troy.

Ringgit Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Mengenai Tarif AS-EU, Tekanan Bon Kerajaan Jepun Reda

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran semakin baik di tengah-tengah kebimbangan mengenai tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Kesatuan Eropah (EU) dan risiko geopolitik manakala tekanan di pasaran Bon Kerajaan Jepun (JGB) pula mereda.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.

Perak Transit Lantik Ismail Jamal Sebagai Pengurus Besar

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perak Transit Bhd melantik Ismail Jamal sebagai Pengurus Besar berkuat kuasa hari ini.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Berharga Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia melantun dan ditutup lebih tinggi pada akhir dagangan Rabu ketika pelabur menumpukan aktiviti memburu saham berharga rendah susulan aktiviti pengambilan untung semalam yang seiring kenaikan kebanyakan pasaran serantau.

Ekonomi Negara Catat Pencapaian Baik, Malaysia Jadi Tumpuan Pelabur Asing - Fahmi

PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi negara berada pada landasan betul dengan Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur asing dan syarikat besar, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Ekonomi ASEAN+3 Dijangka Berkembang 4.0 Peratus pada 2026 - AMRO

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 dijangka berkembang 4.0 peratus pada tahun 2026, menurut Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).

Pasaran Getah Pulih Disokong Kenaikan Serantau

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri kerugian baru-baru ini dengan ditutup tinggi pada Rabu, disokong peningkatan niaga hadapan getah serantau dan penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).