BERITA TERKINI   Kerajaan lancar Jana MyPesara dengan peruntukan RM20 juta sebagai pembiayaan mikro bantu pesara urus dan menjalankan perniagaan dengan lebih teratur - Amir Hamzah | Maxis Bhd umum dividen tahun kewangan 2025 sebanyak 17.5 sen, termasuk dividen interim keempat 4 sen sesaham dan dividen sekali sahaja 1.5 sen sesaham pada suku keempat | Fahmi hargai khidmat Suhaimi sebagai KP Penyiaran, hasil kerja, jasa selama tiga tahun tidak dilupakan | Untung bersih dan pendapatan Maxis Bhd naik 11.8 peratus dan 0.9 peratus kepada RM1.56 bilion dan RM10.63 bilion pada tahun kewangan 2025 | Ekonomi digital akan menjadi pemacu utama dalam mencapai sasaran pelaburan berkualiti Malaysia pada 2026 - Tengku Zafrul | 

Terdapat 11068 berita berdasarkan kata kunci carian "f"

U Mobile, Huawei Bekerjasama Percepat Penggunaan 5G Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- U Mobile and Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk mempromosikan penggunaan dan mengkomersialkan X2B, iaitu aplikasi, penyelesaian dan perkhidmatan pintar yang dikuasakan 5G kepada perniagaan di Malaysia.

Kerajaan Dijangka Peruntuk RM403.7 Bilion Untuk Belanjawan 2025 - TA Securities

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- TA Securities Holdings Bhd mengunjurkan kerajaan memperuntukan sebanyak RM403.7 bilion untuk Belanjawan 2025, masing-masing merangkumi RM305.7 bilion dan RM97.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Ekonomi Negara Berkembang Baik Disokong Pengukuhan Ringgit - Amir Hamzah

LANGKAWI, 28 Sept (Bernama) -- Ekonomi negara terus berkembang dengan baik disokong oleh kedudukan ringgit yang kini semakin mengukuh dalam pasaran tukaran mata wang asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Strategi Pelaburan Baharu LTAT Jana Pertumbuhan, Sokong Komitmen Persaraan - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Perjanjian jual beli (SPA) ditandatangani Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah sejajar dengan strategi pelaburan semula jangka masa panjangnya, menekankan peningkatan pulangan dan memastikan pertumbuhan kewangan yang mampan, kata pakar ekonomi Prof Dr Geoffrey Williams.

Malaysia Dan Indonesia Baharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala

JAKARTA, 28 Sept (Bernama) -- Pembaharuan Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala (LCBSA) antara Malaysia dan Indonesia membolehkan pertukaran mata wang tempatan antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) bernilai hingga RM24 bilion atau IDR82 trilion untuk tempoh lima tahun.

 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Kukuh Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mungkin bergerak sejajar dengan pasaran tunai minggu depan.

Niaga Hadapan KLIBOR Dijangka Kekal Tidak Diniagakan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak diniagakan minggu depan. 

Niaga Hadapan Emas Kekal Tidak Berubah Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tidak banyak berubah minggu depan menjelang pengeluaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) semasa minggu berkenaan, kata seorang penganalisis. 

Pasaran Getah Tempatan Dijangka Diniagakan Seimbang Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan seimbang dengan dinamik permintaan dan penawaran mengimbangi antara satu sama lain memandangkan aktiviti perdagangan akan terhad pada tahap tertentu berikutan cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata pakar industri Denis Low.

Bursa Malaysia Dijangka Kembali Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan kenaikan semula minggu depan, didorong oleh kesan limpahan daripada kenaikan kukuh berterusan di pasaran China dan Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan berikutan peniaga meneliti faktor pasaran bersempena cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata peniaga.

Ringgit Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan, Dalam Persekitaran Prospek Berhati-hati Data Ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka terus meningkat minggu depan, meskipun peniaga kekal berhati-hati terhadap petunjuk ekonomi utama Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.