BERITA TERKINI   Kerajaan tidak akan pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah | AirAsia akan turunkan kapasiti, kawal kos dengan lebih ketat dan sesuaikan kenaikan tambang untuk tampung kenaikan harga bahan api - Tony Fernandes | Pemberian Khas Sabah: Kerajaan Persekutuan berjaya tangguh semakan berhubung taksiran dan pembayaran | Wartawan alam sekitar terkenal Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia awal pagi ini - Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima | 

Niaga Hadapan KLIBOR Dijangka Kekal Tidak Diniagakan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak diniagakan minggu depan. 

Kontrak itu tidak diniagakan pada minggu yang baru berakhir dengan jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.  

Kontrak bulan semerta Oktober 2024, November 2024, Disember 2024 dan Mac 2025 masing-masing kekal tidak berubah pada 96.45.

Untuk minggu yang baru berakhir, kadar asas KLIBOR tiga bulan berada pada 3.55 peratus.

-- BERNAMA