1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street berikutan peniaga menilai kumpulan data terkini yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Ketua platform antara kerajaan utama di Asia Pasifik menggesa negara-negara di Asia Tenggara untuk memperkukuh kerjasama serantau dan meningkatkan pelaburan bagi mengurangkan impak daripada langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengenakan tarif tinggi ke atas import dari China, Kanada dan Mexico.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Bank-bank pelaburan menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia kekal stabil pada 3.00 peratus pada 2025.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan sentimen pasaran serantau, terbukti memacu Bursa Malaysia yang melantun dan mencecah paras tertinggi intra harian pada akhir dagangan Jumaat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- - Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini apabila aktiviti belian saham pada harga rendah berlaku selepas penurunan selama dua hari walaupun semalaman Wall Street yang lemah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kerajaan mengunjurkan kadar inflasi akan meningkat secara sederhana pada 2025 dalam julat dua peratus hingga 3.5 peratus, menurut Kementerian Kewangn (MoF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Cement Bhd (Malayan Cement) meningkat kepada RM184.68 juta pada suku kedua berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM121.18 juta tahun ke tahun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi berkaitan Petronas, syarikat telekomunikasi dan perbankan terpilih, menggambarkan sentimen berhati-hati yang terus memberi kesan terhadap pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen pelabur yang kekal berhati-hati mengenai kebimbangan terhadap tarif Amerika Syarikat (AS) walaupun prestasi Wall Street semalaman positif.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Rabu dengan lebih rendah berikutan aktiviti jualan membabitkan saham wajaran tinggi terpilih dan bermodal kecil selain sentimen bercampur-campur di peringkat pasaran serantau.
1tahun ago
SINGAPURA, 18 Feb (Bernama) --Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan 2025 republik itu yang bertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Tiada mana-mana negara boleh menentukan dasar Malaysia -- sama ada berkaitan perdagangan, pelaburan, atau hubungan luar -- kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.