9bulan ago
LONDON, 26 April (Bernama) -- Grid Tenaga ASEAN (APG) merupakan tonggak yang boleh memperkukuh jalinan kerjasama antara anggota perkumpulan itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil antara RM4.37 hingga RM4.38 minggu depan berikutan pasaran memfokuskan kepada pelbagai pengumuman data utama Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) - Malaysia akan terus berusaha mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
9bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi sedikit, dirangsang oleh niaga hadapan minyak sayuran yang berkaitan di Chicago Mercantile Exchange (CME) dan Dalian Commodity Exchange (DCE).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Petronas Energy & Gas Trading Sdn Bhd (PEGT) akan menyediakan tambahan 24 juta kaki padu standard setiap hari (MMscfd) gas ke zon terpencil di Puchong City Gate, bagi membantu kawasan yang terjejas akibat insiden saluran paip di Putra Heights baru-baru ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Potensi penurunan atau sifar tarif timbal balas bagi Malaysia dijangka menjadi antara hasil positif utama rundingan di antara Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Jamieson Greer semalam.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Malaysia kekal komited untuk berkongsi kepakarannya dan menggalakkan kerjasama dengan rakan antarabangsa, terutamanya dalam mempromosikan kesedaran dan inovasi dalam ekosistem halal di Expo 2025 Osaka, Kansai, Jepun, yang berlangsung dari 13 April hingga 13 Okt 2025.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 25 April (Bernama) -- Syarikat pengeksport sarung tangan getah yang berlesen dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) hanya dibenarkan mengeksport sarung tangan getah yang diperoleh daripada sumber kilang pembuatan tempatan, berkuat kuasa serta-merta.
9bulan ago
LONDON, 24 April (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan menumpukan usaha bagi merealisasikan Grid Tenaga ASEAN selain meningkatkan program pertukaran berkaitannya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan semalam untuk ditutup kukuh hari ini, kekal melepasi paras 1,500 mata, disokong sentimen pasaran yang semakin pulih susulan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin reda, walaupun prestasi pasaran serantau bercampur-campur.
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Jerman kekal menjadi rakan dagang terpenting Malaysia dalam Kesatuan Eropah (EU) kerana negara itu juga merupakan rakan dagang terbesar Jerman dalam kalangan negara ASEAN, kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Republik Persekutuan Jerman di Malaysia Ulrike Wolf.
9bulan ago
PEKAN, 24 April (Bernama) -- Audi mula memasang kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya di Asia Tenggara di kilangnya di Pekan, Pahang, yang merupakan satu-satunya kemudahan pengeluaran Audi di rantau ini, menurut satu kenyataan.