BERITA TERKINI   Rizab BNM berjumlah US$124.3 bilion pada 15 Dis, mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan | Konflik Kemboja-Thailand: ASEAN mesti lakukan apa sahaja yang perlu untuk kekalkan keamanan dan kestabilan serantau - Mohamad Hasan | Konflik Kemboja-Thailand: Pengerusi ASEAN berduka atas korban awam, konflik berpanjangan - Mohamad Hasan | Pengerusi ASEAN gesa Kemboja, Thailand laksana Perjanjian Damai Kuala Lumpur sepenuhnya dan berkesan - Mohamad Hasan | Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN mengenai situasi terkini antara Kemboja dan Thailand di Kuala Lumpur bermula pada 12.14 tengah hari ini. | 

PEGT Tingkat Bekalan Gas Ke Puchong Susulan Insiden Saluran Paip Di Putra Heights

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Petronas Energy & Gas Trading Sdn Bhd (PEGT) akan menyediakan tambahan 24 juta kaki padu standard setiap hari (MMscfd) gas ke zon terpencil di Puchong City Gate, bagi membantu kawasan yang terjejas akibat insiden saluran paip di Putra Heights baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengangkut gas berlesen itu berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada penyelarasan berterusan dengan Gas Malaysia Bhd (GMB) bagi meningkatkan kapasiti bekalan keseluruhan rangkaian pengedaran gas.

“Peruntukan tambahan itu dijangka mengukuhkan kestabilan bekalan gas di dalam zon terpencil dan menambah baik keadaan bekalan secara keseluruhan,” kata PEGT.

-- BERNAMA