2bulan ago
SHAH ALAM, 24 Nov (Bernama) -- Sebanyak 948 projek pelaburan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan bernilai RM34.65 bilion telah diluluskan kerajaan Selangor bagi tempoh Januari hingga Jun 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelabuhan Klang kini secara rasminya berada dalam kedudukan antara 10 pelabuhan kontena utama dunia dalam Senarai Lloyds bagi 100 Pelabuhan Utama Dunia 2025.
2bulan ago
Daripada M.Saraswathi
PRETORIA, 23 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas dari Afrika Selatan ke Nairobi, Kenya selepas penyertaan yang membuahkan hasil di Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) di sini.
2bulan ago
KUCHING, 21 Nov (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) hari ini mengesahkan semula komitmennya terhadap integriti dan tadbir urus yang baik apabila Lembaga Pengarahnya secara rasmi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Inflasi Malaysia susut kepada 1.3 peratus pada Oktober 2025, berbanding 1.5 peratus pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 yang memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada pengguna melalui kawal selia caj keterlaluan dan amalan kutipan hutang yang beretika dijangka dikuatkuasakan pada suku pertama 2026, kata Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB).
2bulan ago
JAKARTA, 20 Nov (Bernama) -- Tune Protect Re (Tune Protect), unit insurans semula Tune Protect Group Bhd, mengembangkan kerjasama dengan Ticket2U, platform penjualan tiket di Asia Tenggara, ke Indonesia dengan pelancaran Ticket Refund Protection dan Sports Personal Accident (PA).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd memasukkan Nomura Securities Malaysia Sdn Bhd ke Bursa Malaysia-i bagi meningkat dan memperluas akses pasaran untuk pelaburan patuh syariah.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Bhd (Sekatarakyat) memeterai kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Bhd melalui penerbitan Sukuk Wakalah bernilai RM2 bilion, sekali gus menandakan kemasukan sulung koperasi itu dalam pasaran modal patuh syariah.
2bulan ago
Daripada M. Saraswathi
ADDIS ABABA, 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti perniagaan Malaysia dan Ethiopia supaya tidak lagi membazirkan masa, sebaliknya segera memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala susulan wujudnya gangguan serta cabaran di arena antarabangsa.
2bulan ago
JOHOR BAHRU, 19 Nov (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT), SD Guthrie Land Ventures Sdn Bhd (SDGLV) dan Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah membentuk perkongsian kerjasama strategik untuk membangunkan taman perindustrian bersepadu utama di Kulai, Johor.
2bulan ago
Daripada Rohani Mohd Ibrahim
PANZHIHUA (Sichuan, China), 17 Nov (Bernama) -- Pengeluar produk kereta api China memuji piawaian tinggi industri kimpalan di Malaysia dan berkata tahap kepakaran tersebut menghapuskan keperluan syarikat untuk menggunakan pasukan teknikalnya semasa mengeksport relnya ke Malaysia.