Terdapat 610 berita berdasarkan kata kunci carian "johor"

PDT, UEM Lestra Jalin Kerjasama Pacu Projek Solar Hibrid 1GW Di Johor

ISKANDAR PUTERI, 29 Okt (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan UEM Lestra Berhad (UEM Lestra) memeterai Perjanjian Kerjasama untuk melaksanakan projek hibrid solar fotovoltaik (PV) berkapasiti 1 gigawatt (GW) di Segamat, Johor.

OTS Holdings Buka Kilang Pengeluaran Makanan Halal Termaju Bernilai RM40 Juta Di Johor

JOHOR BAHRU, 29 Okt (Bernama) -- OTS Holdings Ltd, pembina jenama dan kumpulan pengeluar makanan mengembangkan kapasiti pengeluaran halal mereka dengan membuka kemudahan pembuatan makanan termaju yang baharu bernilai RM40 juta di Simpang Renggam, Johor.

Khazanah Labur Lebih RM6 Bilion Majukan Medini Iskandar, Desaru Coast - MOF

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd telah melabur lebih RM6 bilion untuk memajukan pembangunan Medini Iskandar dan Desaru Coast di Johor setakat ini, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF). 

JS-SEZ: Johor, Singapura Buktikan Kejayaan Ekonomi Bukan Persaingan - Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 28 Okt (Bernama) -- Johor dan Singapura telah membuktikan bahawa kejayaan ekonomi bukan persaingan, sebaliknya perkongsian strategik yang memberi impak kepada seluruh wilayah, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. 

Singapura Akan Teroka Kerjasama Dengan Malaysia, Indonesia Untuk Perkukuh Zon Ekonomi – TPM Gan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Singapura sedang meneroka kerjasama tiga pihak dengan Malaysia dan Indonesia bagi menarik pelabur serta perniagaan ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta Kepulauan Batam, Bintan dan Karimun (BBK).

Inflasi Malaysia Meningkat 1.5 Peratus Pada September 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.5 peratus pada September 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.2 berbanding 133.2 pada tempoh sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

SHB Buka Fasiliti Pembuatan Luar Negara Pertama Di Johor Bernilai RM600 Juta

JOHOR BAHRU, 17 Okt (Bernama) – Pengeluar motor elektrik automotif SHB hari ini telah membuka fasiliti pembuatan luar negara pertama di Zon Bebas Senai Airport City (SAC), dengan pelaburan sebanyak RM600 juta.

Malaysia Perlu Bina Kredibiliti Untuk Jadi Hab Pelaburan Tenaga Hijau ASEAN -- UEM Lestra

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu memberi tumpuan kepada pembinaan kredibiliti, kebolehskalaan dan kebolehpercayaan untuk menjadi hab pelaburan tenaga hijau ASEAN, kata UEM Lestra Bhd.

SCIP Dapat Penarafan Emas MARC Dengan Rangka Kerja Kewangan Mampan RM2 Bilion

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sunway City Iskandar Puteri (SCIP) muncul sebagai perbandaran hijau pertama di Malaysia yang menerima penarafan Emas daripada Malaysian Rating Corporation Sdn Bhd (MARC), seiring dengan penubuhan Rangka Kerja Kewangan Mampan yang komprehensif bernilai RM2 bilion.

Pertumbuhan KDNK Malaysia Diunjur Kekal Lebih 4.0 Peratus Bagi 2026 -- MARC Ratings

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur dapat mengekalkan pertumbuhannya melebihi 4.0 peratus pada 2025 dan 2026, dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan selain projek infrastruktur dan pembaharuan struktur yang sedang dilaksanakan, kata agensi penarafan Malaysian Ratings Bhd.

TNB Majukan Grid Kuasa ASEAN Dengan Saling Sambung Tenaga Boleh Baharu Rentas Sempadan

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah inisiatif grid kuasa ASEAN (APG) sedang mengukuhkan saling sambung rentas sempadan untuk memastikan bekalan elektrik mesra alam dapat dibekalkan ke seluruh rantau ini.

Tambahan Peruntukan RM200 Juta Kepada COSIF Boleh Dimanfaatkan PKS Di JS-SEZ - Zafrul

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 14 Okt (Bernama) -- Tambahan peruntukan RM200 juta kepada Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) di bawah Belanjawan 2026 boleh dimanfaatkan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).