17hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh keyakinan bahawa rundingan pusingan kedua AS-Iran dapat mengurangkan ketegangan di sepanjang laluan perairan minyak global utama.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kos pembaikan dan pemulihan bagi infrastruktur berkaitan tenaga susulan konflik di Asia Barat boleh mencecah US$58 billion (US$1 = RM3.96), dengan jumlah bagi kemudahan minyak dan gas berpotensi meningkat sehingga US$50 billion, kata syarikat penyelidikan bebas dan perisikan tenaga, Rystad Energy.
17hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini, menurut penganalisis.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah selepas mencatatkan kenaikan awal pada Rabu, ekoran berlakunya pengambilan untung di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutama sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka disokong oleh faktor permintaan yang menggalakkan seperti langkah meningkatkan mandat campuran seperti diumumkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat, kata CGS International Malaysia Sdn Bhd.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, susulan pelabur mula berhati-hati menjelang tarikh akhir gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)-Iran, ditambah pula dengan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi kewangan terpilih.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini, meningkat kepada paras 3.94 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh sentimen yang bertambah baik terhadap jangkaan kemajuan diplomatik susulan laporan kemungkinan rundingan pusingan kedua AS-Iran.
18hari ago
PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Permintaan terhadap minyak sawit dijangka terus meningkat daripada negara pengimport tradisional komoditi itu seperti China dan India dipacu oleh ketidaktentuan geopolitik global serta keperluan keterjaminan tenaga dan makanan.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Zetrix AI Bhd dan China Academy of Information and Communications Technology (CAICT) memperkenalkan satu inisiatif baharu iaitu protokol kepercayaan berasaskan blockchain untuk ejen kecerdasan buatan (AI), yang disifatkan sebagai infrastruktur penting bagi menyokong ‘ekonomi agentik’ yang sedang berkembang.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Muhibbah Engineering (M) Bhd meraih kontrak bernilai RM120 juta daripada Gamuda Industrial Building System Sdn Bhd (GIBS) untuk kerja-kerja berkaitan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.
18hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Ringgit meningkat semula ke paras 3.95 berbanding dolar AS semasa akhir dagangan hari ini, didorong oleh jangkaan terdapat pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata penganalisis.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi ketika mengakhiri dagangan pada Selasa, seiring dengan kenaikan yang dicatatkan pasaran serantau, apabila sentimen bertambah baik susulan optimisme terhadap potensi rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.