2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyempurnakan terbitan tranche ketujuh dan terbesar sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Kelestarian Air Selangor bernilai RM1.5 bilion.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi bayangan bahawa Belanjawan 2026 akan memberi keutamaan kepada langkah mengurangkan defisit negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan masih mengkaji dan meneliti cadangan memperkenalkan struktur baharu akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan diwujudkan apabila pencarum mencapai umur persaraan minimum, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- KNM Group Bhd telah menerima notis tuntutan bertulis untuk mempertimbangkan cadangan pelupusan melibatkan anak syarikat Jermannya, Deutsche KNM GmbH (DKNM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$123.6 bilion pada 30 Sept, 2025 daripada US$122.7 billion pada 29 Ogos, 2025.
2bulan ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
HELSINKI, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia mahu memanfaatkan amalan ekonomi kitaran termaju yang dimiliki Finland dalam pengurusan sisa, infrastruktur hijau dan reka bentuk produk mampan, kata Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di sini, Al-Fadil Adam.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia mengeksport sebanyak 115,359 tan metrik bernilai RM6.37 bilion durian dalam pelbagai bentuk iaitu sejuk beku, segar serta 'pulp and paste' ke pasaran China dari tahun 2018 hingga 2025, kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
2bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) sedia menyokong inisiatif kerajaan dalam meneroka peluang membabitkan sektor-sektor baharu serta strategik yang menjadi sebahagian usaha meningkatkan daya tahan ekonomi Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Defisit fiskal kumulatif Malaysia mengecil 10.6 peratus tahun ke tahun kepada RM49.4 bilion setakat Ogos 2025, sekali gus memastikan kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran setahun penuh RM80 bilion atau 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
2bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram & Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd kekal tidak memberi sebarang komen mengenai laporan yang menyatakan Malaysia dan China sedang mengadakan perbincangan berkenaan dengan projek loji penapisan nadir bumi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) bertambah baik kepada 48.4 pada suku ketiga 2025 daripada 40.0 pada suku kedua yang mencerminkan peningkatan ketara dalam sentimen perniagaan untuk tiga bulan akan datang.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, menjejaki peningkatan di kebanyakan pasaran ekuiti serantau, kata seorang penganalisis.