BERITA TERKINI   KTMB tawar perkhidmatan Komuter percuma ke Batu Caves selama dua hari sempena Thaipusam - Loke | KTMB akan sediakan perkhidmatan tambahan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri - Loke | ASEAN, China di peringkat akhir memuktamadkan Kod Tatalaku Laut China Selatan - Mohamad Hasan | Perjanjian ART Malaysia-AS belum dikuatkuasakan - PM Anwar | Malaysia berhati-hati sebelum beri dukungan penubuhan 'Peace Committee' diusulkan Presiden AS Trump - PM Anwar | 

Terdapat 3953 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan"

Penangguhan e-Invois Beri Ruang Kelegaan Kepada PKS -- FMM

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) melihat penangguhan e-invois sebagai langkah pragmatik yang mengiktiraf jurang kesediaan di kalangan perusahaan mikro dan kecil, khususnya dari segi keupayaan digital, penyepaduan sistem serta kos pematuhan.

Hala Tuju Strategik Dan Reformasi Institusi Perkukuh Keyakinan Terhadap Dasar Negara

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Pengumuman hala tuju strategik dan reformasi institusi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah peluang untuk terus memperkukuh keyakinan industri, rakyat dan pelabur terhadap dasar negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Naik 0.63 Peratus Disokong Kenaikan Saham Teknologi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini meningkat 0.63 peratus seiring dengan sentimen positif di pasaran utama Asia, disokong oleh kenaikan dalam saham teknologi. 

SST Perkhidmatan Sewaan Diturunkan Kepada 6 Peratus, PMKS Terima Pelepasan Baharu

PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) — Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa penambahbaikan dasar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2026 termasuk penurunan kadar cukai perkhidmatan ke atas sewaan atau pajakan daripada lapan peratus kepada enam peratus untuk menyokong pertumbuhan industri.

Bayaran Balik Lebihan Cukai Taksiran 2023, 2024 Diselesaikan Tahun Ini  -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menyelesaikan sepenuhnya bayaran balik lebihan cukai bagi tahun taksiran 2023 dan 2024 pada tahun ini.

Pelaksanaan e-Invois Dilanjutkan Setahun Lagi Bagi Syarikat Dengan Nilai Jualan Tahunan RM1-RM5 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan invois elektronik (e-invois) tanpa penalti selama setahun lagi bagi syarikat dengan nilai jualan tahunan RM1 juta hingga RM5 juta, yang sepatutnya dilaksanakan bermula 1 Januari, 2026.

Glomac Jual Dua Bidang Tanah Di Puchong Pada Harga RM97.3 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Glomac Bhd melupuskan dua bidang tanah kosong pegangan pajakan di Puchong kepada Sunway Kiara Sdn Bhd pada harga RM97.30 juta. 

Sektor Infrastruktur Tenaga Malaysia Kekal Positif Sehingga Separuh Pertama 2026 -- HLIB

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) kekal berpandangan positif terhadap sektor infrastruktur tenaga Malaysia sehingga separuh pertama 2026 dipacu oleh aliran pesanan yang kukuh daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB), pusat data dan tenaga solar.

Cukai Perkhidmatan Ke Atas Sewaan PMKS Diturunkan Kepada Enam Peratus -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai perkhidmatan ke atas sewaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan dikurangkan kepada enam peratus daripada lapan peratus sebelum ini.

Banci Ekonomi 2026 Meliputi 1.34 Juta Pertubuhan Perniagaan Di Malaysia

PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) -- Sebanyak 1.34 juta entiti perniagaan di seluruh negara, merangkumi perniagaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat besar terlibat dalam Banci Ekonomi (BE) 2026 yang dilaksanakan bermula hari ini sehingga 31 Okt 2026.

Bursa Malaysia Naik 0.33 Peratus Pada Tengah Hari Dipacu Minat Risiko Ketara

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia menokok sebanyak 0.33 peratus dipacu oleh minat risiko yang lebih ketara ketika lebih banyak pelabur kembali aktif selepas cuti akhir tahun.

Pelabur Asing Jual Ekuiti Asia Bernilai US$1.05 Bilion Pada Minggu Lepas -- MBSB IB

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kalangan pelabur asing berstatus penjual bersih ekuiti Asia bagi minggu berakhir pada 2 Jan, 2026, dengan melepaskan pegangan bernilai US$1.05 bilion (US$1=RM4.06) merentasi lapan pasaran yang ditinjau oleh MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).