BERITA TERKINI   Notis pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji sudah diserah kepada SPR - Speaker DUN Perlis | 

Terdapat 991 berita berdasarkan kata kunci carian " januari"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Seiring Harga Minyak Kacang Soya

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki kelemahan harga minyak kacang soya, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini apabila para peniaga mula mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari, yang bermula esok.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi pasaran tunai. 

Kenaikan Nilai Ambang Pengecualian e-Invois Beri Kejelasan Ketara, Legakan PKS - FMM

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Langkah kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-Invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta akan memberi kejelasan lebih ketara untuk pemilik perniagaan melakukan perancangan selain mengurangkan bebanan pematuhan segera, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah dalam dagangan awal pada Isnin.

Sektor Perbankan Malaysia Berdaya Tahan Walaupun Berdepan Tekanan Tarif, Dijangka Kekal Stabil Pada 2026

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia mengakhiri tahun 2025 dengan kedudukan yang lebih baik, mencatatkan pertumbuhan pinjaman yang kukuh, kualiti aset yang stabil dan keuntungan yang mampan walaupun tahun ini diselubungi ketegangan perdagangan global manakala prospek untuk tahun depan kekal stabil dalam portfolio yang pelbagai.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan lebih tinggi minggu hadapan, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), yang terus menarik minat pelabur terhadap aset pelindung nilai itu.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tidak menentu minggu depan berikutan cuti akhir tahun yang menyebabkan kurangnya penglibatan peniaga antarabangsa, kata peniaga.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Bergerak Dalam Aliran Meningkat Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan aliran meningkat minggu depan, seiring prestasi pasaran tunai.

Niaga Hadapan MSM Pulih Selepas Dua Hari Penurunan Susulan Belian Harga Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives pulih selepas penurunan dua hari berturut-turut untuk ditutup lebih tinggi pada Jumaat disokong oleh pembelian pada harga rendah, menurut seorang penyelidik.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Dolar US Melemah

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini susulan kelemahan dalam dolar US termasuk peningkatan jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), terutamanya selepas pasaran mula memantau pengumuman data inflasi AS sebelum mesyuarat dasar Rizab Persekutuan minggu depan.

Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan prestasi lebih rendah pada awal dagangan hari ini.