Terdapat 189 berita berdasarkan kata kunci carian " duti"

Produk Gegelung Besi Dari Tiga Negara Didapati Diimport Pada Harga Lambakan - MITI

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan mendapati terdapat bukti yang mencukupi bahawa produk gegelung atau kepingan besi bergalvani atau gegelung atau kepingan keluli bergalvani berasal dari China, Korea Selatan dan Vietnam, diimport pada harga lambakan.

Kawalan Ke Atas Hartanah Baharu Singapura Beri Impak Minimum Kepada Projek Milik Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Langkah kawalan ke atas pasaran hartanah bertujuan menurunkan harga oleh Singapura dijangka memberi kesan minimum terhadap projek hartanah milik syarikat Malaysia di republik itu, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki sentimen serantau yang optimis, bagaimanapun aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih susulan kenaikan baru-baru ini menjejaskan pasaran, kata seorang penganalisis.

Penangguhan Tarif Mungkin Dilanjutkan Selepas Julai - Rumah Putih

WASHINGTON, 27 Jun (Bernama-Yonhap) -- Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mungkin mempertimbangkan untuk melanjutkan penangguhan tarif timbal balik yang dijadual tamat bulan depan, menurut jurucakap Rumah Putih pada Khamis.

Malaysia Teruskan Pengenaan Duti Anti-Lambakan Ke Atas CRC Dari China, Jepun

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Kerajaan telah membuat penentuan muktamad afirmatif bagi penerusan pengenaan duti anti-lambakan ke atas import produk besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk (CRC), dengan kelebaran melebihi 1,300mm yang berasal atau dieksport dari China dan Jepun

Pelaksanaan SST Beri Kesan Minimum Kepada Sektor Automotif -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd (CIMB Securities) telah mengunjurkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada Julai 2025, mempunyai kesan langsung yang terhad kepada sektor automotif.

Penangguhan Sistem E-invois Beri Masa Peniaga Sesuaikan Diri - Lim

GEORGE TOWN, 8 Jun (Bernama) -- Penangguhan pelaksanaan sistem e-Invois dibuat selepas kerajaan mendengar keluhan peniaga khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Lebih 90,000 Perniagaan Raih manfaat Susulan Pengecualian e-Invois Terbaharu LHDN - Persatuan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Pengecualian terbaharu sistem e-invois untuk perniagaan dengan jualan tahunan di bawah RM500,000 ketika ini membolehkan lebih banyak ruang untuk mereka melabur dalam peralatan yang betul untuk melaksanakan sistem itu, kata Persatuan Majikan Perindustrian, Komersial dan Perkhidmatan Malaysia (MICSEA).

Amir Hamzah Lawat Depot Kastam Darat Bukit Kayu Hitam & Zon Perdagangan Bebas

ALOR SETAR, 4 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengadakan lawatan kerja ke Depot Kastam Darat (ICD) Bukit Kayu Hitam (BKH) dan Zon Perdagangan Bebas baru-baru ini.

Niaga Hadapan MSM Melantun Selepas Permintaan Kukuh Dari India

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, melantun selepas rugi pada Jumaat sebelum ini berikutan permintaan yang lebih kukuh dari India, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Permintaan Perodua Sokong Prospek MBM Resources - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- MBM Resources Bhd (MBMR) dijangka meraih pendapatan lebih stabil pada tahun ini, didorong oleh permintaan terhadap Perodua yang berdaya tahan walaupun mencatat permulaan lebih perlahan bagi tempoh suku pertama tahun kewangan 2025.

UDA Tawar 422 Unit Hartanah, Terus Perkukuh Pasaran Wilayah Selatan

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- UDA Holdings Berhad (UDA), peneraju hartanah dan pengurusan aset, terus memperkukuh kehadirannya di Johor dengan menawarkan 422 unit hartanah yang menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat bagi memperkasa pemilikan hartanah di kawasan bandar.