BERITA TERKINI   Polis belum terima laporan dakwaan Victor Chin berkaitan Ahli Parlimen minta bayaran RM10 juta bagi bantu selesai isu manipulasi korporat - Bukit Aman | Capital A lantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 6 April | Capital A sedang teroka potensi dwipenyenaraian di Hong Kong pada suku ketiga 2026, dan teruskan rancangan untuk senaraikan AirAsia NEXT di Amerika Syarikat menjelang akhir tahun - Tony Fernandes | Capital A sasar keluar daripada status PN17 selepas catat untung empat suku tahunan berturut-turut - Tony Fernandes | Op Viking: Ahli perniagaan Victor Chin antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram - Polis | 

Penangguhan Tarif Mungkin Dilanjutkan Selepas Julai - Rumah Putih

PENANGGUHAN TARIF MUNGKIN DILANJUTKAN SELEPAS JULAI - RUMAH PUTIH

WASHINGTON, 27 Jun (Bernama-Yonhap) -- Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mungkin mempertimbangkan untuk melanjutkan penangguhan tarif timbal balik yang dijadual tamat bulan depan, menurut jurucakap Rumah Putih pada Khamis.

Menurut agensi berita Yonhap, Karoline Leavitt berkata demikian ketika rundingan sedang berlangsung antara AS, Korea Selatan dan beberapa negara lain bagi mengelakkan atau meminimumkan kesan tarif yang dicadangkan.

“Mungkin ia boleh dilanjutkan, tetapi itu keputusan yang perlu dibuat oleh presiden,” katanya kepada pemberita semasa sidang media.

Penangguhan tersebut, yang merangkumi duti sebanyak 25 peratus ke atas barangan Korea Selatan, dijadual tamat pada 8 Julai. Seoul kini sedang berusaha untuk mencapai perjanjian dengan Washington sebelum tarikh akhir itu.

Trump mengumumkan tarif timbal balik itu pada 2 April lalu sebagai langkah untuk menyamai tarif yang dikenakan oleh negara lain terhadap eksport AS.

Tarif tersebut, termasuk duti sebanyak 25 peratus ke atas produk dari Korea Selatan, mula berkuat kuasa secara rasmi pada 9 April, namun terus digantung selama 90 hari bagi memberi ruang kepada rundingan.

Awal bulan ini, Trump memberi isyarat bahawa beliau terbuka untuk melanjutkan penangguhan itu, namun turut menyatakan pelanjutan mungkin tidak diperlukan.

-- BERNAMA-YONHAP