15hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dijangka menerima pelbagai pelaburan berpotensi dalam pelbagai sektor tahun ini, dan bukan sahaja tertumpu kepada pusat data.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pasaran ekuiti Malaysia dijangka menyaksikan aliran masuk bersih pelaburan asing tahun ini berikutan keyakinan pelabur yang meningkat, didorong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Prestasi pengeluaran dan pembuatan minyak sawit mentah yang kukuh berkemungkinan mendorong pertumbuhan suku keempat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 kepada 5.3 peratus dari tahun ke tahun, membayangkan pertumbuhan setahun penuh sebanyak 4.8 peratus, kata CIMB Investment Bank Bhd.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Semakan gaji minimum untuk pas penggajian bagi ekspatriat, yang akan berkuat kuasa pada Jun 2026, merupakan langkah strategik kerajaan untuk melindungi kepentingan bakat tempatan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Januari, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan mengekalkan momentum peningkatannya, didorong oleh belian berterusan dalam kaunter perkhidmatan kewangan dan berkaitan pengguna.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pelaburan diperlukan oleh negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk melaksanakan strategi rendah karbon adalah purata 1.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meningkat kepada lebih 5.0 peratus bagi negara berpendapatan rendah, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid hari ini.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Aktiviti utama dalam pasaran hartanah Malaysia kini tidak lagi memberikan gambaran lengkap mengenai dinamik pasaran yang mendasarinya.
16hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh jangkaan pertumbuhan output yang lebih suram dalam minggu-minggu akan datang.
16hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila ditutup pada paras tertinggi baharu dalam tempoh enam tahun hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi dan perladangan, seiring dengan prestasi kukuh pasaran serantau.
16hari ago
ABU DHABI, 12 Jan (Bernama) -- Penyelesaian tenaga boleh baharu (TBB) berterusan atau tanpa henti (RTC) berpotensi menampung keperluan tenaga pusat data Malaysia yang kian ketara, kata Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA).