BERITA TERKINI   AMMB Holdings Bhd catat untung bersih tinggi RM2.10 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 | PM Anwar akan lancar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 esok | Insiden tren tergelincir: Kerja baik pulih sedang dijalankan, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara kekal aktif - Rapid KL | Rapid KL sahkan insiden tren tergelincir landasan di Stesen Chan Sow Lin, tiada kecederaan dilaporkan | 

Terdapat 11128 berita berdasarkan kata kunci carian " mem"

Awantec Kekal Untung Pada Suku Pertama, Komited Memajukan Inisiatif AI Dan Transformasi Digital

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- AwanBiru Technology Bhd (Awantec) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM1.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, disokong oleh sumbangan berterusan operasi teras kumpulan dan pengembangan strategiknya dalam menyediakan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) kepada pelanggan utama.

KPJ Healthcare Catat Untung Bersih RM69.6 Juta Bagi Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd meningkat kepada RM69.6 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM57.1 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun kewangan 2025.

Ningbo Fresh Technology Tingkat Pelaburan Di Tanjong Malim Bernilai RM263 Juta

IPOH, 21 Mei (Bernama) -- Ningbo Fresh Technology Co. Ltd dari Shanghai bakal meningkatkan pelaburan bernilai RM263 juta di Tanjung Malim Hi-Tech Park sekali gus memperkukuh ekosistem industri automotif negara.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Dasar Eksport Indonesia

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan ketidaktentuan berhubung dasar eksport Indonesia yang mencetuskan jualan panik, kata seorang penganalisis.

 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Penurunan Serantau

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dalam perkembangan bercampur-campur mengenai konflik Asia Barat, kata peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipacu Sentimen Berhati-hati

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari pada Khamis berikutan sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan aliran keluar dana asing yang berterusan, meskipun penurunan baru-baru ini membuka peluang belian murah bagi saham-saham mewah.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh asas domestik Malaysia yang memberangsangkan.

Ekonomi Asia Pasifik Naik 3.3 Peratus Pada 2025, Momentum Dijangka Perlahan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama)  -- Pertumbuhan ekonomi rantau Asia Pasifik meningkat 3.3 peratus pada 2025, mengatasi unjuran awal sebanyak 3.2 peratus, menurut Unit Sokongan Dasar (PSU) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

DRB-Hicom Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Dua Kali Ganda Kepada RM45 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- DRB-HICOM Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih lebih dua kali ganda kepada RM45 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM17.72 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Untung Bersih TH Plantations Susut Kepada RM11.62 Juta Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- TH Plantations Bhd mencatat penyusutan 9.49 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM11.62 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, daripada RM12.84 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Telekom Malaysia Susut Kepada RM321.51 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2026 susut kepada RM321.51 juta daripada RM401.25 juta setahun yang lepas.

Labuan IBFC Inc, ASAS Bekerjasama Anjur Perkongsian Ilmu Berkaitan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd (Labuan IBFC Inc) bekerjasama dengan Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam Malaysia (ASAS) menganjurkan sesi perkongsian ilmu yang mengetengahkan peluang dalam kewangan Islam.