1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar US pada Khamis disebabkan aktiviti dagangan yang lengang susulan permintaan berkurangan dengan ketara daripada pelabur utama menjelang cuti sambutan Hari Kesyukuran (Thanksgiving) di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd menerusi unit perniagaan tenaga boleh baharu, Yinson Renewables (YR) memperoleh kemudahan pembiayaan hijau bercagar senior US$59 juta (US$1=RM4.4325) bagi projek solar Matarani di Peru daripada IDB Invest dan Natixis Corporate & Investment Banking (Natixis CIB).
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, didorong oleh minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dilihat kurang agresif daripada jangkaan dan mengekalkan naratif penurunan kadar faedah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024, berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Langkah meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan memberi peluang kepada Malaysia untuk memanfaatkan potensi ekonomi negara sepenuhnya dan mengukuhkan kedudukannya di Asia Tenggara, kata badan pemikir pengangkutan, My Mobility Vision.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia berkata peralihan ke arah ekonomi hijau, di samping mengatasi cabaran perubahan iklim membawa kepada peningkatan kos, atau 'greenflation', yang menjejaskan kalangan perniagaan dan pengguna dengan ketara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, bertentangan dengan aliran positif dalam pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MISC Bhd dan Gentari Sdn Bhd menjalinkan perkongsian untuk meneroka pembangunan penyelesaian pengangkutan dan apungan bersepadu bagi ammonia bersih, dengan tarikh siap disasarkan pada seawal 2027.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terbuka untuk meneroka penggunaan teknologi baharu bagi penjanaan elektrik sebagai usaha mencapai aspirasi pelepasan karbon sifar bersih seawal tahun 2050.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika pada Isnin, disokong oleh penurunan dalam hasil bon AS selepas pelantikan Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS.
1tahun ago
SEOUL, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan akan memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada tahun depan dengan kedua-dua negara komited untuk mempercepat sebarang rundingan yang tertangguh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd telah diberi penghormatan melalui 'Anugerah Kecemerlangan Perbankan Islam Sedunia' yang julung kali diadakan pada Forum Kepimpinan Muslim Sedunia (WMLF) 2024 yang berprestij di London, United Kingdom (UK) pada Jumaat lepas.