BERITA TERKINI   Syarikat berpangkalan di Singapura telah melabur lebih S$5.5 bilion ke Johor sejak pemeteraian MoU JS-SEZ -- TPM Singapura Gan | Kerajaan menimbang meningkatkan Dana Pembangunan Perniagaan Malaysia-Singapura bagi membantu lebih banyak PKS mendapat peluang perniagaan rentas sempadan – Tengku Zafrul | Semua projek pembuatan bagi industri tidak sensitif dalam sektor ekonomi yang dikenal pasti di JS-SEZ akan diberikan kelulusan pantas untuk Lesen Pengilangan (ML) dalam tempoh 7 hari bekerja - Tengku Zafrul | Tambahan RM200 juta yang diperuntukkan kepada CoSIF di bawah Belanjawan 2026 membolehkan pelaburan bersama dalam projek berimpak tinggi oleh PKS Malaysia di JS-SEZ - Tengku Zafrul | Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan pastikan kes pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut ditikam disiasat secara telus dan adil - Fadhlina  | 

Ringgit Ditutup Tinggi Disokong Penurunan Hasil Bon Amerika Syarikat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika pada Isnin, disokong oleh penurunan dalam hasil bon AS selepas pelantikan Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4495/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4710 pada penutup Jumaat.

Hasil perbendaharaan 10 tahun AS turun kepada kira-kira 4.34 peratus hari ini, paras terendah dalam dua minggu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit telah mengukuh dengan ketara, disokong oleh penurunan dalam hasil bon AS berikutan pelantikan Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS.

“Bessent dijangka mengguna pendekatan sederhana dalam agenda domestik dan antarabangsa yang agresif bagi pentadbiran AS di bawah Donald Trump.

"Walaupun sejajar dengan falsafah menyeluruh Trump, pendekatan (Bessent) menunjukkan bahawa pelaksanaan tarif dan pemotongan cukai mungkin diteruskan secara lebih perlahan daripada jangkaan pasaran, mewujudkan ruang untuk rundingan,” katanya kepada Bernama.

Innes berpendapat strategi yang boleh dijangka itu akan menyebabkan pelaksanaan dasar yang lebih lembut, mengurangkan kebimbangan awal pelabur mengenai perubahan yang mendadak.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5939/6033 daripada 5.5870/5932 dan susut berbanding euro kepada 4.6662/6741 daripada 4.6455/6507 pada penutup Jumaat.

Bagaimanapun, ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8811/8861 daripada 2.8906/8942.

Unit tempatan itu juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3028/3088 daripada 3.3101/3141, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8390/8670 daripada 12.9068/9276 dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.54/7.56 daripada 7.58/7.59. Ia tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 280.1/280.7 daripada 281.2/281.7.

-- BERNAMA