BERITA TERKINI   Kerajaan galak pemilik EV memasang pengecas di kediaman kerana kos pengecasan jauh lebih murah - Johari | Pembangunan infrastruktur pengecas EV menghadapi cabaran kos pemasangan yang tinggi sehingga RM210,000 terutama pengecas DC - Johari | Sebanyak 5,624 pengecas awam EV dipasang hingga 31 Dis, 2025, mencapai 56 peratus daripada sasaran keseluruhan - Johari | Ketika Parlimen bersedia untuk mempertimbangkan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara, peralihan itu akan teratur, berasaskan bukti dan berpaksikan kepentingan negara - PM Anwar | Pengukuhan ringgit mencerminkan keyakinan terhadap institusi, hala tuju dasar dan kepercayaan bahawa negara ditadbir dengan disiplin dan matlamat yang jelas - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, bertentangan dengan aliran positif dalam pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Penganalisis berkata penurunan itu didorong oleh perubahan tumpuan pelabur kepada kelas aset lain. 

Kontrak semerta November 2024 menyusut kepada US$2,622.90 setiap auns troy daripada US$2,673.00 setiap auns troy semalam.

Kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025, semuanya berada pada US$2,635.80 setiap auns troy berbanding US$2,687.30 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 84 lot daripada 23 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka menokok kepada 101 kontrak daripada 44 kontrak sebelumnya.

Mengikut London Bullion Market Association pada 25 Nov, harga emas fizikal berada pada US$2,635.40 setiap auns troy. 

-- BERNAMA