Terdapat 1102 berita berdasarkan kata kunci carian " group"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Bercampur-campur Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street kerana sentimen keseluruhannya dipengaruhi oleh perkembangan terkini dalam konflik antara Rusia dan Ukraine.

TCS Group Raih Kontrak Bernilai RM611.30 Juta Untuk Projek Lebuh Raya Pan Borneo Di Sabah

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) --  Anak syarikat milik penuh TCS Group Holdings Bhd, TCS Construction Sdn Bhd (TCSC) meraih kontrak bernilai RM611.30 juta daripada Jabatan Kerja Raya Sabah bagi pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 1B.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, didorong oleh kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian, telekomunikasi dan media serta perkhidmatan kewangan.

Kerjasama IOI Properties-Maybank Tawar Pembiayaan Hijau Untuk Pembeli Rumah

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) sedang bekerjasama dengan Maybank untuk menawarkan pembeli rumah, pembiayaan hijau sehingga 95 peratus + 5 peratus membabitkan kediaman mesra alam terpilih.

Berjaya Corporation Jual 4.14 Peratus Pegangan Dalam REDtone Pada Harga RM29.76 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Juara Sejati Sdn Bhd (JSS), anak syarikat milik 100 peratus Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melupuskan 32 juta saham yang mewakili kira-kira 4.14 peratus kepentingan ekuiti dalam REDtone Digital Bhd pada harga RM29.76 juta atau 93 sen sesaham.

Swift Energy Meterai Perjanjian Pengunderaitan Untuk Penerbitan IPO Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Swift Energy Technology Bhd telah menandatangani perjanjian pengunderaitan dengan M&A Securities Sdn Bhd untuk tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

Bursa Malaysia Naik Melebihi Paras 1,600 Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meraih prestasi positif pada tengah hari dengan mencecah paras 1,600 memandangkan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, utiliti serta telekomunikasi dan media.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun Wall Street rendah pada Jumaat lepas berikutan penganalisis berhati-hati bahawa lonjakan yang didorong oleh Trump mungkin tidak akan berterusan lagi selepas Parti Republikan menguasai Dewan Perwakilan dan Senat.  

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tidak Berubah Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak berubah minggu depan dalam persekitaran permintaan baharu daripada pasaran destinasi.

Konsortium Diterajui Syarikat Malaysia Cadang Ambil Alih MAHB Pada RM18.4 Bilion

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan para pemegang sahamnya (Konsortium) hari ini mengumumkan hasrat untuk mengemukakan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat bagi semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM11 sesaham, mencerminkan nilai ekuiti berjumlah RM18.4 bilion.

Yayasan Bank Rakyat Terima Anugerah ACES 2024 Atas Sumbangan Tingkat Sosioekonomi Rakyat

BANGKOK, 15 Nov (Bernama) -- Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerima anugerah “Inisiatif Komuniti” pada Majlis Anugerah Asia Corporate Excellence & Sustainability (ACES) 2024 sebagai pengiktirafan atas sumbangannya meningkatkan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Anak Syarikat Meta Bright Raih Kontrak Pembekalan Konkrit Bernilai RM60 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Anak syarikat Meta Bright Group Bhd (MBGB) yang dimiliki sebanyak 70 peratus, Expogaya Sdn Bhd (Expogaya) memperoleh kontrak pembekalan konkrit bernilai kira-kira RM60 juta daripada Megamas Jaya Sdn Bhd (Megamas Jaya).