BERITA TERKINI   Malaysia berhasrat bina ekosistem pendidikan tinggi yang inklusif, berdaya saing peringkat global dan sedia hadapi masa depan - Zambry | Malaysia meletakkan pendidikan tinggi sebagai instrumen utama diplomasi dan kerjasama global - Zambry | 

Terdapat 9864 berita berdasarkan kata kunci carian "re"

Untung Bersih Nestle Jatuh 36.1 Peratus Kepada RM85.41 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Nestle (Malaysia) Bhd mencatatkan penyusutan sebanyak 36.1 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM85.41 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 (S3 2024) daripada RM133.70 juta pada suku ketiga 2023.

Inflasi Malaysia Diunjur 2.9 Peratus Pada 2025 - Allianz

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan pada 2.3 peratus tahun ini dan 2.9 peratus pada 2025 berbanding unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2 peratus dan 3.5 peratus bagi 2024, kata Ketua Ahli Ekonomi Allianz SE Ludovic Subran.

Iskandar Malaysia Catat Pelaburan Komited RM40.3 Bilion Bagi Tempoh Jan-Sept 2024 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Iskandar Malaysia telah mencatatkan pelaburan komited sebanyak RM40.3 bilion manakala pelaburan direalisasikan mencecah RM22.5 bilion bagi tempoh Januari hingga September lepas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MIDF Amanah Turunkan Unjuran Inflasi Kepada 2.0 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menyemak semula unjuran inflasi 2024 kepada 2.0 peratus daripada 2.3 peratus sebelum ini, dengan mengambil kira rasionalisasi subsidi petrol tidak dilaksanakan tahun ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini bagi hari keempat berturut-turut, seiring dengan pasaran serantau berikutan penjualan ekuiti global yang meluas, kata seorang penganalisis.

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Data Inflasi Stabil

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh data inflasi yang stabil.

Penyasaran Subsidi RON 95: Pakar Ekonomi Cadang Kerajaan Tidak Ganggu Harga Pasaran

BANGI, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan dicadangkan menggunakan pendekatan yang tidak menganggu harga pasaran sedia ada dalam usaha melaksanakan penyasaran subsidi RON 95 supaya barangan keperluan di negara ini menjadi lebih mampu milik untuk rakyat.

Pekebun Koko Diminta Kekal Hasilkan Tanaman Kerana Potensi Tinggi - Johari

BAGAN DATUK, 24 Okt (Bernama) -- Pekebun koko diminta untuk terus kekal menghasilkan komoditi berkenaan dan tidak beralih kepada tanaman lain berikutan potensinya yang dilihat tinggi dan memberangsangkan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pertumbuhan Kukuh, Kestabilan Politik Buka Laluan Pembaharuan Penting Malaysia - Morgan Stanley

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan pertumbuhan kukuh yang dicatatkan Malaysia baru-baru ini membuka laluan untuk kerajaan melaksanakan pembaharuan penting, termasuk menyusun semula subsidi bahan api dan tenaga yang tinggi, menurut Morgan Stanley Investment Management.

Prospek Ekonomi Malaysia 2025 Agak Optimis Di Sebalik Cabaran Dasar – MIER

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia untuk 2025 kelihatan optimis dengan kombinasi peluang dan cabaran di hadapan, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Inflasi Malaysia Turun Kepada 1.8 Peratus Pada September - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi September 2024 telah turun kepada 1.8 peratus daripada 1.9 peratus pada Ogos tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).