BERITA TERKINI   PM Modi amat berbesar hati jadi pemimpin asing pertama kunjungi Malaysia tahun ini menjelang kemeriahan musim perayaan | Hubungan antara Malaysia, India mencapai tahap baharu - PM Anwar | 

Terdapat 1074 berita berdasarkan kata kunci carian " rizab"

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Khamis di tengah-tengah aliran menurun di pasaran getah serantau, kata peniaga.

Ringgit Ditutup Rendah, Teruskan Penurunan Susulan Perubahan Pendirian Fed

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, meneruskan penyusutan apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) menunjukkan pendekatan lebih berhati-hati bagi pengurangan kadar faedah tahun depan, susulan penurunan 25 mata asas pada Rabu.

Saham Di Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah hari ini susulan aktiviti penjualan besar-besaran di Wall Street semalaman terutamanya dalam saham teknologi, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada dagangan tengah hari Khamis dan menjejaki pasaran serantau susulan prestasi semalaman Wall Street yang susut.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Diasak Penyusutan Wall Street

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kemerosotan semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Berbanding Mata Wang Lain

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi urus niaga awal Khamis apabila Indeks Dolar AS terus melonjak kepada 108.142 mata susulan pengumuman Rizab Persekutuan AS mengurangkan Kadar Dana Fed sebanyak 25 mata asas, malam tadi.

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Menjelang Mesyuarat FOMC

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila para peniaga mengambil pendekatan berhati-hati dalam dagangan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat.

Bursa Malaysia Meningkat Di Tengah-tengah Prestasi Bercampur-campur Pasaran Asia

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat dan ditutup tinggi berikutan sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran Asia.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) – Pasaran getah ditutup rendah pada Rabu, seiring dengan aliran menurun pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Projek Utama Catat Kemajuan Pesat, Ubah Landskap Pengangkutan Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) – Landskap infrastruktur Malaysia sedang mengalami perubahan besar dengan projek pengangkutan utama memacu kesalinghubungan dan pertumbuhan yang lebih besar. 

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Jangkaan AS Turunkan Kadar Faedah

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang jangkaan negara maju itu akan bertindak mengurangkan kadar faedahnya pada lewat hari ini.

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$118.3 Bilion Pada 29 Nov 2024

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$118.3 billion (US$1=RM4.41) pada 29 Nov, 2024 berbanding US$118.0 billion pada 15 Nov, 2024.