Terdapat 1154 berita berdasarkan kata kunci carian " untung"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ambil Petunjuk Daripada Penurunan Wall Street

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) --  Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penuruan daripada semalaman Wall Street susulan kemerosotan saham berkaitan teknologi.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa susulan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga yang lebih kukuh di COMEX Amerika Syarikat (AS).

Belian Saat Akhir Lonjak Petunjuk Pasaran Bursa Malaysia Untuk Ditutup Tinggi 

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri dagangan  dengan lebih kukuh hari ini, pulih selepas penurunan pada awal dagangan untuk ditutup 0.21 peratus lebih tinggi, paras tertinggi baharu untuk tahun ini.

PERDA Sasar Bina 5,000 Unit Rumah Dalam Tempoh Lima Tahun, GDV Lebih RM1 Bilion

TASEK GELUGOR, 30 Dis (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) merancang untuk membina 5,000 unit rumah di Seberang Perai Utara dalam tempoh lima tahun akan datang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada sesi dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah berikutan kekurangan petunjuk ekonomi baharu bagi menggerakkan pasaran.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Kukuh, Hampiri Paras Tertinggi Dalam Tempoh 16 Bulan

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan intra harinya, ditutup 0.23 peratus lebih tinggi hari ini menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan, susulan permintaan kukuh institusi.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) --  Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung muncul terhadap saham mewah terpilih dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi Wall Street minggu lepas walaupun sentimen global yang perlahan berikutan musim cuti.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Musim Cuti

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan berikutan musim cuti terus menjejaskan aktiviti pasaran, kata seorang ahli ekonomi.

Niaga Hadapan MSM Diniagakan Rendah Minggu Depan Susulan Pengambilan Untung

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan susulan pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung mengakhiri rentetan kenaikannya selama lima hari dagangan.

Bursa Malaysia Susut Pada Tengah Hari Diasak Minggu Dagangan Singkat

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung yang ketara di tengah-tengah tempoh dagangan singkat berikutan cuti serta sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur.