12hari ago
KUALA KUBU BHARU, 14 Jan (Bernama) -- Kerajaan menyasar meningkatkan nilai eksport nanas negara kepada RM2 bilion menjelang 2027 sejajar dengan usaha memperkukuh pembangunan industri itu yang kini dilihat sebagai komoditi strategik bernilai tinggi.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Semakan gaji minimum untuk pas penggajian bagi ekspatriat, yang akan berkuat kuasa pada Jun 2026, merupakan langkah strategik kerajaan untuk melindungi kepentingan bakat tempatan.
13hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup kukuh melonjak kepada 1,708.20, paras tertingginya dalam tempoh lebih enam tahun, disokong oleh sentimen serantau yang positif susulan kenaikan di Wall Street dan minat belian asing yang berterusan.
13hari ago
JOHOR BAHRU, 13 Jan (Bernama) -- 5E Resources Holdings Bhd (5E Resources), penyedia perkhidmatan pengurusan sisa mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) memperoleh sepenuhnya tawaran saham persendirian bernilai RM1 bilion pada harga RM 1.65 sesaham.
13hari ago
JOHOR BAHRU, 13 Jan (Bernama) -- Syarikat pengedaran dan pemasaran air sedia diminum berjenama “Haos Ek?”, ADIN Marketing Group Sdn Bhd hari ini secara rasmi melancarkan OXYKA, produk air minuman beroksigen dan beralkali pH 8.5 direka bagi memenuhi keperluan hidrasi berkualiti dalam gaya hidup moden.
13hari ago
KUCHING, 13 Jan (Bernama) -- Sarawak akan memperkenalkan levi karbon ke atas kemudahan dalam sektor minyak, gas dan tenaga pada tahun ini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pelaburan diperlukan oleh negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk melaksanakan strategi rendah karbon adalah purata 1.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meningkat kepada lebih 5.0 peratus bagi negara berpendapatan rendah, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid hari ini.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan memperkenalkan harga rujukan rasmi minyak masak terpakai (UCO) pada suku pertama 2026 dalam usaha termasuk mengelak berlakunya manipulasi harga.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Aktiviti utama dalam pasaran hartanah Malaysia kini tidak lagi memberikan gambaran lengkap mengenai dinamik pasaran yang mendasarinya.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Sektor penjagaan kesihatan di Malaysia dijangka memperluaskan operasi selain daripada perkhidmatan hospital pada 2026 susulan beberapa penyenaraian beberapa penjagaan kesihatan mega yang dijangka dilakukan tahun ini, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) - Affin Hwang Investment Bank Bhd menjalin kerjasama dengan Cboe Global Markets Inc untuk memperkenalkan VIX® Futures kepada pelabur tempatan.