4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Paramount Corporation Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya Venice Concepts Sdn Bhd bercadang untuk membeli pegangan ekuiti sebanyak 28 peratus dalam Envictus International Holdings Ltd daripada JAG Capital Holdings Sdn Bhd pada harga S$38.33 juta (RM126.32 juta).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd susut kepada RM57.06 juta menjelang suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding dengan RM80.45 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini disebabkan oleh hasil operasi yang lebih rendah.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan susut 0.73 peratus ketika sentimen berhati-hati mendorong pelabur mengurangkan kedudukan masing-masing menjelang akhir minggu ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd mengekalkan saranan positif terhadap Malakoff Corporation Bhd, didorong oleh kedudukan kukuhnya untuk meraih tender Suruhanjaya Tenaga (ST) di tengah-tengah peningkatan permintaan tenaga.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kalangan pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih utama dalam tempoh separuh pertama 2025, menyumbang aliran masuk terkumpul sebanyak RM21.4 bilion setakat Jun 2025.
5bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi pada Jumaat susulan aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan berikutan penjualan besar-besaran pada awal minggu ini, kata seorang penganalisis.
5bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, susut daripada kenaikan semalaman yang didorong oleh ketidakpastian terhadap prospek dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang sebanyak 55 peratus untuk mengurangkan kadar tarif akhir Amerika Syarikat (AS) kepada julat 15 hingga 19 peratus daripada kadar semasa 25 peratus sekiranya mencapai persetujuan perdagangan yang positif, kata Apex Securities Bhd.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Greenyield Bhd menjual sebidang tanah perindustrian pegangan pajak yang masih belum dibangunkan di Banting, Selangor kepada pengeluar penapis kartrij, Filtermation (MFG) Sdn Bhd dengan nilai RM8 juta.
5bulan ago
KUCHING, 16 Julai (Bernama) -- Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen akhir sebanyak 3.0 sen seunit bagi tahun kewangan 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia bagi tahun ini masih kekal dalam unjuran dan berada di landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan empat hingga lima peratus, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Selangor Dredging Bhd (SDB), syarikat pemaju hartanah butik melancarkan DaMai, iaitu pembangunan kediaman mewah bertingkat pertengahan di Taman Melawati yang menampilkan konsep ‘letak kereta di depan pintu anda’.