BERITA TERKINI   Menara Merdeka 118 dilancarkan secara rasmi sebagai MD Nexus pertama di Malaysia - Gobind | Kementerian Digital fokus pada enam bidang berimpak untuk percepat transformasi digital pada separuh pertama 2026 - Gobind | Nilai ringgit kukuh kepada paras terbaik hampir 8 tahun pada RM3.92 berbanding dolar AS setakat 28 Jan 2026, kekal antara mata wang terbaik di Asia - Amir Hamzah | Pertumbuhan 2025 dianggarkan 4.9 peratus, perdagangan melebihi 6 peratus dan capai rekod tertinggi RM3 trilion - Amir Hamzah | Defisit 2025 dijangka capai sasaran 3.8 peratus dan turun kepada 3.5 peratus pada 2026 - Amir Hamzah | 

Mesiniaga Raih Kontrak MOF Bernilai RM135.58 Juta Bekalkan Teknologi Penandaan Produk

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Mesiniaga Bhd memperoleh kontrak bernilai RM135.58 juta daripada Kementerian Kewangan (MoF), tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan kerajaan, bagi membekalkan teknologi penandaan, perkhidmatan pembangunan sistem dan perkakasan yang komprehensif.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata projek berkenaan melibatkan pembekalan 2.6 bilion tanda keselamatan untuk produk-produk rokok dan minuman beralkohol kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Kontrak ini berkuat kuasa pada 1 Okt, 2025, akan tamat pada 30 Sept, 2030 tanpa sebarang pembaharuan automatik.

"Kontrak ini tidak akan menjejaskan modal saham syarikat dan pegangan pemegang saham utama. Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026 dan seterusnya sehingga kontrak tamat," katanya.

-- BERNAMA