1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sebagai pengerusi ASEAN berhasrat untuk mengadakan sidang kemuncak negara-negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang terdiri daripada pelbagai ekonomi utama Asia di sini pada Oktober.
1bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Senegal mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur dan membentuk perkongsian strategik di negara Afrika Barat itu sebagai sebahagian daripada hasratnya untuk menjadi pintu masuk Malaysia ke Afrika yang memiliki pangkalan pengguna yang besar.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan hari ini beroperasi merentasi sempadan dan sistem perundangan, mendorong risiko dan impaknya meluas dengan cepat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keperluan untuk merangka mekanisme pasaran baharu secara khusus bagi menyokong pemprosesan biojisim sawit sebagai produk komersial boleh dipertimbangkan pada masa hadapan, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi sedang meneliti untuk memuktamadkan sebanyak 27 cadangan projek pembangunan baharu bernilai RM880.57 juta bagi Parlimen Rasah, Negeri Sembilan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mengemas kini rangka kerja insentif pelaburannya bagi sektor pembuatan untuk memastikan ia sejajar dengan hasil yang disasarkan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- ASEAN harus memperkukuhkan kepastian undang-undang (legal certainty) dan mekanisme penyelesaian pertikaian untuk mengekalkan keyakinan perniagaan ketika rantau ini menuju ke arah menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan PT Bathi Rakyat Abadi hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluas rangkaian kerjasama dalam penyelesaian kewangan patuh syariah.
1bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan berusaha memuktamadkan rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) pada bulan depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) mencadangkan penubuhan Kumpulan Kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memacu penjajaran serantau, menambah baik pengawasan, dan memangkinkan sumbangan sektor swasta yang lebih besar di seluruh rantau ini.
1bulan ago
KUANTAN, 17 Ogos (Bernama) -- Program Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) Fest 2025 yang dianjurkan di Pahang hari ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PMKS) khususnya sektor kesihatan tidak ketinggalan daripada arus kemajuan teknologi.
2bulan ago
PENAMPANG, 16 Ogos (Bernama) -- Penganjuran Karnival UDA bersama Bizfrancais Pernas selama tiga hari berakhir esok di Buhavan Square di sini mampu menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pembangunan keusahawanan.