Terdapat 399 berita berdasarkan kata kunci carian " energy"

Lonjakan Nilai Jenama TNB Cermin Keyakinan Kukuh Pasaran

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) – Lonjakan 35 peratus nilai jenama Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada US$2.3 bilion (US$1 = RM4.22) dalam laporan Energy 100 2025 Brand Finance baru-baru ini menunjukkan keyakinan kukuh pasaran terhadap daya tahan kewangan dan kecekapan operasinya.

Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak Buka Potensi Projek Penjanaan Baharu

KUCHING, 3 Sept (Bernama) -- Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak baru-baru ini menandakan titik perubahan besar untuk sektor tenaga negeri, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Positif Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum kenaikannya pada dagangan tengah hari ini susulan aktiviti belian berterusan walaupun pasaran serantau kebanyakannya mencatat prestasi negatif.

Petronas Iktiraf Kepentingan Industri OGSE, Komited Perkukuh Ekosistem

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengiktiraf kepentingan industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) yang kukuh dan komited untuk memperkukuh ekosistem melalui peningkatan perkongsian.

SEDC Energy Bincang Eksport Hidrogen Hijau Dalam Bentuk Pepejal

KUCHING, 30 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menerusia cabang tenaga baharunya, SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE) sedang berbincang dengan beberapa pembeli berpotensi untuk mengeksport hidrogen (H2) hijau dalam bentuk pepejal.

Lawatan Fadillah Ke Busan Cermin Usaha Perkukuh Kerjasama Serantau, Transformasi Tenaga

BUSAN, 30 Ogos (Bernama) --Lawatan kerja rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Busan memperlihatkan kesediaan Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama serantau dan memajukan peralihan tenaga bersihnya di dalam negara dan juga ASEAN.

Kadar SAC Dan CAC Diselaras, Pacu Akses Bekalan Elektrik Hijau Pengguna Korporat

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menetapkan supaya kadar Caj Akses Sistem (SAC) dan Caj Akses Komuniti (CAC) untuk Tempoh Regulatori Ke-4 diselaraskan, seiring dengan pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang lebih telus dan progresif.

Malaysia, New Zealand Perkukuh Kerjasama Dalam Peralihan Tenaga, Perubahan Iklim

Daripada Harizah Hanim Mohamed

BUSAN, 27 Ogos  (Bernama) -- Malaysia dan New Zealand akan meneroka peluang pelaburan dalam bidang peralihan tenaga serta menjalin kerjasama dalam inisiatif perubahan iklim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perkongsian TNB-ACWA Power: Pacu Peralihan Tenaga Di Malaysia

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk meningkatkan tenaga boleh baharu (RE) kepada 70 peratus daripada kapasiti negara menjelang 2050 dengan kerajaan, agensi, syarikat dan penggiat industri semuanya bekerjasama ke arah matlamat ini.

CEM16: TPM Fadillah Tekankan peranan Dasar Jelas, Inovasi Swasta Dalam Peralihan Tenaga Bersih

Daripada Harizah Hanim Mohamed

BUSAN, 26 Ogos (Bernama) -- Hala tuju dasar yang jelas dan kepastian kawal selia oleh kerajaan perlu diselaraskan dengan inovasi, penggunaan teknologi dan pembiayaan sektor swasta berikutan kerjasama awam-swasta adalah pemudah cara utama dalam memodenkan sistem tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ambil Petunjuk Daripada Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas mengambil petunjuk daripada penurunan Wall Street.

TPM Fadillah Tiba Di Busan, Ketuai Delegasi Malaysia Ke APEC EMM15

BUSAN, 25 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Busan, Korea Selatan pada Isnin, 4.45 petang waktu tempatan untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-15 (APEC EMM15).