BERITA TERKINI   Semua lima anggota polis terlibat kemalangan helikopter di Johor dalam keadaan stabil, masih dirawat di HSA - Pengarah KDNKA | ASEAN rancang mesyuarat prasidang kemuncak untuk selaras respons terhadap cabaran ekonomi global - Setiausaha Agung | Titah Adendum: Kerajaan hormati pandangan semua pihak - PM Anwar | Setiausaha Negara AS dan Menteri Luar China adakan pertemuan di luar AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Forum Serantau ASEAN lebih kukuh diperlukan untuk respons pantas terhadap krisis kemanusiaan - Mohamad Hasan | 

Terdapat 1005 berita berdasarkan kata kunci carian " bekalan"

Pelabuhan Tianjin Mahu Berkembang Ke Asia Tenggara, Sasar 3.2 Juta TEU

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

TIANJIN, 24 Jun (Bernama) -- Pelabuhan Tianjin di China, yang diiktiraf sebagai pelabuhan sifar karbon pertama di dunia, menyasarkan pengembangan laluan kargo ke Asia Tenggara dengan matlamat pengendalian 3.2 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada 2025. 

Pemain Minyak Sawit Perlu Lindung Nilai, Pelbagaikan Aktiviti Hiliran -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pengeluar minyak sawit Malaysia perlu mempergiat usaha untuk melindung nilai dan mempelbagaikan aktiviti hiliran bagi mengurangkan risiko turun naik harga secara mendadak, kata ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidaktentuan Di Timur Tengah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila penglibatan AS dalam perang antara Israel dan Iran telah meningkatkan permintaan terhadap aset selamat seperti dolar AS, kata penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Petunjuk Serantau Yang Lemah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini selepas diseret oleh petunjuk yang lebih lemah dari pasaran getah serantau, kata seorang peniaga. 

China Ubah Strategi, Cari Peluang Baharu Di Tengah Pergeseran Perdagangan Dengan AS

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 23 Jun (Bernama) -- Daripada terus menumpukan perhatian kepada pertikaian perdagangannya dengan Amerika Syarikat (AS), China kini mengalih fokus kepada usaha memperkukuh hubungan dengan rakan dagang yang lebih pragmatik, termasuk negara membangun, dalam usaha merancakkan semula perdagangan dan pelaburan.

Perdagangan Malaysia-Taiwan Naik 36.8 Peratus Kepada RM92.77 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Taiwan telah menyaksikan lonjakan dalam perdagangan dua hala iaitu sebanyak 36.8 peratus kepada RM92.77 bilion pada lima bulan pertama tahun ini, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Petronas LNG, JOGMEC Dari Jepun Meterai MOC Perluas Kerjasama Sektor LNG

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Petronas LNG Sdn Bhd (PLSB), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), telah memeterai perjanjian strategik gas asli cecair (LNG) dengan Japan Organisation for Metals and Energy Security (JOGMEC) dari Jepun.

Harga Minyak Mentah Mungkin Naik US$85 Setong Berikutan Risiko Geopolitik

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Harga minyak mentah dijangka meningkat ke paras sekitar US$85 setong dalam jangka masa terdekat, dipacu oleh risiko dari segi bekalan yang berpunca daripada perkembangan geopolitik terkini, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Saham TNB Susut Dalam Dagangan Awal Selepas Pengumuman Semakan Semula Jadual Tarif

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) menunjukkan aliran rendah dalam dagangan awal hari ini selepas pengumuman semakan semula jadual tarif bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) di bawah kerangka kerja kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.

Rundingan Tarif Malaysia-AS Di Landasan Tepat, Catat Kemajuan - MITI

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Rundingan Malaysia dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan Setiausaha Perdagangan AS berkaitan tarif AS yang berterusan berada di landasan tepat dan mencatatkan kemajuan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Prospek Perdagangan Malaysia Dijangka Tidak Menentu Susulan Ketidakpastian Tarif - Pakar Ekonomi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Pakar ekonomi mengekalkan pendirian berhati-hati mereka terhadap prospek perdagangan Malaysia tahun ini berikutan ketidaktentuan tarif global yang dijangka menjejaskan prestasi perdagangan dan pembuatan negara.

Malaysia Yakin Lonjak Perdagangan Dua Hala Dengan Uzbekistan

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 21 Jun (Bernama) -- Malaysia yakin dengan potensi peningkatan perdagangan dua hala dengan Uzbekistan, apabila kedua-dua negara giat memperkukuh kerjasama dalam bidang baharu seperti pensijilan halal, kewangan Islam, pelancongan dan teknologi hijau.