3bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Penerimaan teknologi Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) semakin meraih momentum di Malaysia terutama di Lembah Klang, yang digunakan secara meluas di kemudahan parkir dan sistem kawalan akses bangunan komersial.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkenalkan pembaharuan dasar pelaburan dan perdagangan yang progresif bagi memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat global, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencadangkan agar amalan kawal selia yang baik (GRP) dijadikan sebagai pemacu utama integrasi ASEAN untuk mengukuhkan daya saing serta tarikan pelaburan blok itu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balik yang dijangka ditandatangani Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan disifatkan sebagai perjanjian adil bagi kedua-dua pihak dengan mengambil kira kepentingan masing-masing, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kini telah mencapai penyelesaian dengan tiga institusi kewangan iaitu Goldman Sachs berjumlah US$3.9 bilion (RM16.48 billion), AmBank Group (RM2.83 bilion) dan JP Morgan (Switzerland) Ltd sebanyak RM1.4 bilion.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sebanyak 10,600 pemohon atau 87.2 peratus daripada jumlah pemohon yang disasarkan di bawah Program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) berjaya membuat pembelian motosikal elektrik dengan menerima rebat setakat 8 Oktober lepas.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengguna pakai Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) sebagai kadar rujukan mandatori bagi semua produk kewangan Islam mulai 1 Julai, 2027.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 memaparkan usaha menseimbangkan penyatuan fiskal dengan elemen seperti kesaksamaan dan daya saing, demikian menurut beberapa ahli Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Program i-Saraan Plus yang baharu diperkenalkan dan disesuaikan untuk pemandu e-hailing dan p-hailing yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 merupakan lanjutan daripada kejayaan program i-Saraan, kata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2026 turut mengetengahkan keperluan hala tuju automotif jangka panjang yang lebih jelas dalam usaha mengekalkan pertumbuhan industri itu serta keyakinan pelabur, kata Carsome.
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Ekonomi Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan sederhana antara 4 hingga 4.5 peratus pada 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) bersama pengurus dana PHB Asset Management Bhd (PHBAM) hari ini mengumumkan agihan pendapatan akhir sebanyak 2.10 sen seunit bagi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Sept 2025.