BERITA TERKINI   Kerajaan kekalkan bantuan BUDI Diesel RM300 bagi April yang akan disalurkan mulai 8 April, manfaatkan 340,000 penerima dengan peruntukan RM102 juta - MoF | Kerajaan MADANI terus bertindak proaktif berlandaskan data dan realiti semasa supaya langkah diambil bersifat menyeluruh, berimbang dan berkesan dalam menghadapi krisis tenaga global - PM Anwar | PM Anwar mahu seluruh rakyat memperkukuh ekonomi domestik, utamakan barangan tempatan dan sokong usahawan tempatan sebagai benteng utama mengharungi krisis tenaga global | Pemandu lori maut dalam kemalangan babitkan dua lori tangki di KM40.6 lebuh raya PLUS Kulai ke Sedenak tengah hari tadi - Bomba | SPM 2025: MRSM catat indeks GPM 2.067 dengan 100 peratus calon layak terima sijil - TPM Ahmad Zahid | 

Kerajaan Terima Kira-kira RM20.71 Bilion Penyelesaian Tunai 1MDB Sehingga Kini - MOF

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kini telah mencapai penyelesaian dengan tiga institusi kewangan iaitu Goldman Sachs berjumlah US$3.9 bilion (RM16.48 billion), AmBank Group (RM2.83 bilion) dan JP Morgan (Switzerland) Ltd sebanyak RM1.4 bilion. 

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini memaklumkan kesemua hasil penyelesaian tunai daripada ketiga-tiga institusi kewangan berkenaan telah diterima sepenuhnya dan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset di bawah kendalian MOF.

"Pada 11 Okt 2023, Goldman Sachs Group Inc. telah memfailkan suatu Permohonan Timbang Tara di London Court of International Arbitration (LCIA) terhadap Kerajaan Malaysia yang berbangkit daripada pertikaian berkaitan obligasi pihak-pihak di bawah Perjanjian Penyelesaian yang telah dimeterai pada 18 Ogos 2020 oleh Kerajaan Malaysia, 1MDB dan Goldman Sachs Group Inc. (Prosiding Timbang Tara).

"Pada masa ini, Pasukan Perundangan Kerajaan Malaysia yang terdiri antara lain, daripada Jabatan Peguam Negara dan peguam-peguam Inggeris yang dilantik sedang mengendalikan Prosiding Timbang Tara tersebut. 

"Memandangkan pihak-pihak dalam Prosiding Timbang Tara ini adalah terikat dengan obligasi kerahsiaan yang ketat, maka sebarang maklumat terperinci berhubung Prosiding Timbang Tara ini tidak dapat didedahkan pada masa ini," menurut kementerian.

Kementerian menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) mengenai status pemulihan aset dalam skandal 1MDB. 

-- BERNAMA