BERITA TERKINI   MITI bersama agensinya, MATRADE dan MIDA dibantu oleh MIDF Research sedang melaksanakan analisis kos-faedah (CBA) bagi ART - Johari | Pelaksanaan projek Loji Janakuasa 120MW di Zon Perindustrian Rancha-Rancha pastikan kecukupan bekalan tenaga elektrik di Labuan - TPM Fadillah | Angka ekonomi positif berjaya memperkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar | Pengukuhan ringgit menunjukkan keyakinan terhadap sistem ekonomi negara - PM Anwar | Malaysia catat lebihan dagangan sebanyak RM151.80 billion pada 2025, meningkat 9.2 peratus ketimbang 2024 - PM Anwar | 

Terdapat 819 berita berdasarkan kata kunci carian " agensi"

MIDA Sambut Baik Pelantikan Tengku Zafrul Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengalu-alukan pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa serta-merta.

Kementerian Baharu Jadi Titik Strategik Untuk Sektor Pengangkutan Sabah -- CILTM

LABUAN, 3 Dis (Bernama) -- Sabah telah mengambil langkah jitu dalam memodenkan tadbir urus pengangkutannya dengan memperluaskan portfolio kementerian yang sudah lama dilihat sebagai penting kepada masa depan ekonomi negeri itu, menurut Pengerusi Institut Berpiagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (Seksyen CILTM Sabah), Daniel Doughty.

Investpenang, Intel Terus Bekerjasama Rapat Dalam Menyokong Peralihan Teknologi Generasi Baharu

GEORGE TOWN, 3 Dis (Bernama) -- InvestPenang dan Intel Corporation akan terus bekerjasama rapat untuk memperkukuh Pulau Pinang memandangkan negeri itu kini beralih ke bidang kritikal pembungkusan termaju cip semikonduktor dan penggunaan teknologi generasi baharu.

Malaysia Dijangka Capai 49 Peratus Sasaran SDG Menjelang 2030 - Hanifah Hajar

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Malaysia dijangka mencapai 49 peratus daripada 169 sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2030 berdasarkan analisis data 2023, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Melaka Percepat Pertumbuhan Industri Menerusi Inisiatif Melaka Industrial Booster

MELAKA, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan Melaka meningkatkan usaha merancakkan pembangunan perindustrian menerusi Melaka Industrial Booster (MIB), sebuah pusat sehenti yang bertujuan mempercepatkan proses pelaburan serta memperkukuh pertumbuhan zon industri di seluruh negeri.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah asli di Thailand, pengeluar getah terbesar dunia, kata peniaga.

Belanjawan 2026 Sarawak Lulus RM326 Juta Untuk Sektor Pertanian

KUCHING, 2 Dis (Bernama) -- Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak telah menerima peruntukan sebanyak RM326 juta di bawah Belanjawan Negeri 2026, kata Menterinya Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Kedai Elektrik Tempatan Pertama DMDI Dilancar, Ketengah Jenama Selamat

MELAKA, 1 Dis (Bernama) -- Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) melalui anak syarikatnya, DMDI Ventures melancarkan kedai barangan elektrik pertamanya yang menawarkan pelbagai produk elektrik buatan tempatan dengan jenama Selamat.

Perodua Perkenal EV Pertama, QV-E Dengan Kos Pembangunan RM800 Juta Oleh Pakar Tempatan

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini memperkenalkan kenderaan elektrik bateri (EV) pertamanya, QV-E berharga RM80,000 sebelum insurans dan tidak termasuk bateri, menandakan langkah penting dalam usaha pembuat kereta nasional itu membangunkan ekosistem EV yang mampan.

AirAsia Lengkapkan Keperluan Diwajibkan EASA, Kembali Beroperasi Seperti Biasa

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- AirAsia Aviation Group telah melengkapkan proses penggunaan semula perisian versi terdahulu yang diperlukan ke atas rangkaian pesawat A320 yang sedang beroperasi.

Inisiatif RKB Di Bawah MITI Pertingkat Akses Kepada Pembiayaan, Perkukuh rantaian Bekalan Aeroangkasa

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah diterjemahkan kepada impak ketara, menambah baik penyampaian perkhidmatan, mengurangkan birokrasi dan memupuk persekitaran yang lebih mesra perniagaan.

Rakyat, Komuniti Peniaga Penerima Manfaat Terbesar Reformasi Kerenah Birokrasi - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Rakyat dan komuniti perniagaan menjadi penerima manfaat terbesar hasil pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), apabila pelbagai urusan kerajaan dapat diselesaikan dengan lebih cepat, kos pematuhan berkurangan dan tahap ketelusan perkhidmatan semakin meningkat.