BERITA TERKINI   669 individu terima manfaat Tabung Kasih@HAWANA sejak 2023 dengan lebih RM2 juta dana telah disalurkan - Teo | Polis tumpaskan sindiket proses, simpan dadah jenis MDMA, rampasan bernilai RM86.78 juta - Pengarah JSJN Bukit Aman | 163 rakyat Malaysia tiba di tanah air dari zon konflik Asia Barat, pesawat mendarat di KLIA pada 12.32 tengah hari | Segala bantuan diperlukan skuad bola sepak wanita Iran, akan disediakan sepanjang keberadaan mereka di sini sehingga urusan perjalanan seterusnya dimuktamadkan - AFC | Skuad bola sepak wanita Iran menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur - AFC  | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah asli di Thailand, pengeluar getah terbesar dunia, kata peniaga.

Beliau berkata agensi meteorologi Thailand telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dari 4 hingga 7 Disember, yang boleh menjejaskan pengeluaran getah.

Katanya statistik getah daripada Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) turut menyokong harga lebih tinggi walaupun ringgit mengukuh berbanding dolar AS dan pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur.

“ANRPC menjangka pengeluaran getah asli global diunjurkan meningkat sederhana sebanyak 1.3 peratus pada 2025 kepada 14.892 juta tan manakala permintaan getah asli dijangka meningkat sebanyak 0.8 peratus pada 2025 kepada 15.565 juta tan, jauh lebih tinggi berbanding pengeluaran,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya kenaikan seterusnya dikekang oleh harga minyak mentah yang stabil dan data pembuatan global yang bercampur-campur. 

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 7.5 sen kepada 728 sen sekilogram manakala susu getah pukal kekal tidak berubah pada 577 sen sekilogram.

-- BERNAMA