BERITA TERKINI   MOF akan mengetuai pasukan petugas khas mengenai isu penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial, lambakan barang - Fahmi | KPDN laksanakan kawalan harga ke atas 16 jenis barangan bermula 13 hingga 21 Feb sempena Tahun Baharu Cina - Fahmi | KKR akan umum perincian diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat - Fahmi | Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan “menyinggung” dan “menjengkelkan” di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) selaras dengan Perlembagaan | 

Terdapat 8342 berita berdasarkan kata kunci carian " f"

Capital A, PT Garuda Indonesia Labur US$12 Juta Jalin Kerjasama Dalam MRO Peralatan Pendaratan

Daripada Soraya Jamal

BALI, 18 Sept (Bernama) --  Anak syarikat Capital A Bhd, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) dan PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia Tbk (GMF) memeterai kerjasama strategik bagi perniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) peralatan pendaratan baharu dengan gabungan pelaburan berjumlah US$12 juta (US$1 = RM4.25).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penurunan tiga hari dengan ditutup tinggi pada Rabu berikutan pasaran menjangkakan peningkatan semula permintaan minyak sayuran dari India menjelang musim perayaan akan datang, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Sedikit Menjelang Keputusan Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, Sept 18 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini ketika pasaran menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat lewat hari ini.

HDC Kaji Insentif Baharu, Galak Pelaburan Asing Sektor Industri Halal

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Halal Development Corporation (HDC), bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sedang merangka dan mengkaji untuk memperkenalkan insentif baharu bagi menggalakkan pelaburan asing dalam sektor industri halal.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai. 

FBM KLCI Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Pasaran Menjelang Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para peniaga kekal tidak memasuki pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau apabila data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh menjejaskan prospek penurunan kadar faedah AS yang agresif, kata peniaga.

MIDA, Alliance Bank Anjur Bengkel Teroka Amalan Perindustrian Mampan

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Alliance Bank Malaysia Bhd menganjurkan bengkel Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM) yang pertama kali diadakan bagi meneroka potensi mekanisme itu dalam usaha merevolusi amalan perindustrian mampan.

Pembaharuan Kewangan Islam - Bukan Hanya Sekadar Pematuhan Syariah

LONDON, 18 Sept  (Bernama) -- Kewangan Islam era moden mula bertapak di Malaysia pada 1963 dengan penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji), yang merupakan pusat kepada transformasi sistem kewangan berasaskan Syariah di Malaysia.

Belanjawan 2025: BIMB Securities Jangka Defisit Fiskal Malaysia Rendah Pada 3.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- BIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.5 peratus sejajar dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk Belanjawan 2025. 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini kerana kebanyakan peniaga memilih untuk kekal di luar pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Malaysia Dalam Kedudukan Kukuh Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Pilihan Raya Presiden AS - HLIB

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank (HLIB) Bhd yakin bahawa pendirian geopolitik neutral Malaysia meletakkannya pada kedudukan yang lebih kukuh untuk menguruskan perubahan dasar luar yang mungkin berlaku di Amerika Syarikat (AS) selepas pilihan raya presiden 5 November depan.