BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior FC 0-2 DPMM FC | Piala Malaysia: Melaka FC 2-2 Sabah FC | Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, PPS terakhir di Balai Raya Sebauh, Bintulu ditutup 4 petang tadi - JPBN Sarawak | Piala Malaysia: Imigresen FC 0-0 Negeri Sembilan FC | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai. 

Kontrak bulan semasa September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Mac 2025, masing-masing merosot 2.0 mata kepada 1,660.0, 1,662.5, 1,668.0 dan 1,654.5. 

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5,298 lot daripada 8,651 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka susut kepada 48,219 kontrak daripada 51,615 kontrak semalam.  

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.69 mata atau 0.22 peratus kepada 1,660.59 daripada 1,664.28 semalam. 

-- BERNAMA