BERITA TERKINI   Satu daripada 22 kapal misi GSF yang dipintas tentera Israel berjaya dihubungi setakat 7 malam ini - Fahmi | Mahkamah Majistret Tenom perintahkan Ebit Lew membela diri atas 11 tuduhan berkaitan gangguan seksual  | PM Anwar kutuk tindakan ganas rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan GSF, sifatkan ia pelanggaran nyata undang-undang maritim | GSF: Kerajaan bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat, pastikan rakyat Malaysia yang ditahan dibebaskan segera - PM Anwar | Ketidaktentuan global bukan bersifat sementara, kerajaan perlu bersedia dengan langkah yang realistik dan mampan - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Sedikit Menjelang Keputusan Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, Sept 18 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini ketika pasaran menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat lewat hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 susut kepada US$2,576.60 setiap auns troy daripada US$2,584.10 setiap auns troy pada Selasa.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,589.40 setiap auns troy daripada US$2,596.40 setiap auns troy sebelumnya.  

Jumlah dagangan melonjak kepada 36 lot daripada dua lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 103 kontrak daripada 69 kontrak semalam.

Harga emas fizikal berada pada US$2,574.55 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 17 Sept, 2024.

-- BERNAMA