BERITA TERKINI   Pemeriksaan kesihatan sebahagian komitmen PM untuk pastikan beliau kekal cergas terajui pentadbiran negara - Pengarah Hospital Serdang | PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan tahunan, kesihatan berada dalam keadaan sangat baik - Pengarah Hospital Serdang | Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Labuan sehingga 5 petang ini - MetMalaysia | Aspek keselamatan perkhidmatan KLIA Aerotrain yang akan beroperasi berada di tahap tinggi - Loke | Perkhidmatan KLIA Aerotrain akan mula beroperasi pada 1 Julai ini bermula 10 pagi - Loke | 

Terdapat 153 berita berdasarkan kata kunci carian "jabatan perangkaan"

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia Naik Kepada 2.1 Peratus Pada Januari 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) meningkat kepada 2.1 peratus tahun ke tahun, dipacu pertumbuhan output sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Kaji Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Susulan Penerimagunaan SNA 2025

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Malaysia dijangka menghalusi unjuran pertumbuhan ekonomi susulan penerimagunaan Sistem Akaun Negara 2025 (SNA 2025) bagi meningkatkan ketepatan dan rangka kerja statistik yang lebih komprehensif, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

MRCA, DOSM Jalin Kerjasama Tingkatkan Analisis Data Sektor Peruncitan

PUTRAJAYA, 7 Mac (Bernama) -- Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bekerjasama untuk mempertingkatkan pengumpulan dan analisis data dalam sektor runcit.

Pengeluaran Gas Asli Malaysia Meningkat 3.0 Peratus Pada 2024 -- Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pengeluaran Gas asli Malaysia meningkat tiga peratus kepada 2,948.8 bilion kaki padu pada 2024, pulih semula daripada penurunan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Petunjuk Positif, Peniaga Jangka Persekitaran Menggalakkan Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kalangan peniaga menjangkakan persekitaran perniagaan menggalakkan pada suku pertama 2025, didorong oleh petunjuk keyakinan positif sebanyak 3.2 peratus berbanding 4.8 peratus pada suku sebelumnya.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Naik 0.8 Peratus Pada Januari 2025

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, meningkat 0.8 peratus tahun ke tahun pada Januari 2025 dan meneruskan peningkatan 0.5 peratus dicatatkan pada Disember 2024.

Kapasiti Penggunaan Industri Pembuatan Tujuh Negeri Melepasi Kadar Nasional 81.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Sebanyak tujuh negeri melepasi kapasiti penggunaan industri pembuatan bagi kadar nasional pada 81.9 peratus bagi suku keempat 2024 berbanding 79.9 peratus untun tempoh sama pada 2023, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

SSM, MOF, DOSM Dan CIDB Jalin Kerjasama Perkukuh Ketepatan Kod Bidang Perniagaan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi memperkukuh ketepatan penggunaan kod bidang perniagaan menerusi portal SSM BizCodEX.

FBM KLCI Dijangka Kekal Antara 1,570 Dan 1,600 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu depan berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Cecah Paras Tertinggi Intra Harian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan sentimen pasaran serantau, terbukti memacu Bursa Malaysia yang melantun dan mencecah paras tertinggi intra harian pada akhir dagangan Jumaat.

Inflasi Malaysia Kekal 1.7 Peratus Pada Januari 2025

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025, dengan mata indeks berada pada 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Nilai Pelaburan Asing Diluluskan Januari-September 2024 Berjumlah RM254.7 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Nilai keseluruhan pelaburan asing (FI) yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi merangkumi sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan bagi tempoh Januari hingga September 2024 adalah berjumlah RM254.7 bilion, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).