6bulan ago
KOTA KINABALU, 20 Julai (Bernama) -- Sebanyak 491,000 tan hasil marin bernilai RM3.25 bilion setahun, seperti ikan dan udang, dapat dikeluarkan oleh negeri ini menerusi Ekonomi Biru Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
6bulan ago
KUCHING, 17 Julai (Bernama) -- Anak syarikat Bintulu Port Holdings Bhd (Bintulu Port), Borneo Oil and Gas Supply Base Sdn Bhd (BOGSB) menegaskan semula komitmennya untuk memperkukuh operasi tenaga luar pesisir melalui pembangunan infrastruktur strategik dan perkhidmatan bersepadu.
7bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
PARIS, 4 Julai (Bernama) - Presiden Perancis Emmanuel Macron menyifatkan lawatan dua hari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perancis sebagai berjaya, dengan kedua-dua negara meningkatkan lagi kerjasama dalam semua sektor.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat meja bulat bersama 40 pemimpin industri dari Perancis yang beroperasi di Malaysia untuk membincangkan potensi pelaburan dan kerjasama strategik dalam sektor berimpak tinggi pada peringkat global.
7bulan ago
Oleh D.Arul Rajoo
ROM, 3 Julai (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan sebanyak RM8.13 bilion menerusi mesyuarat meja bulat kerjasama ekonomi Malaysia dan Itali serta mesyuarat dua hala bersama-sama syarikat di sini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7bulan ago
KOTA KINABALU, 3 Julai (Bernama) -- Lion Logistics Group yang berpangkalan di Labuan memanfaatkan penyertaannya dalam Persidangan dan Pameran Minyak, Gas dan Tenaga Sabah (SOGCE) ke-12 untuk mengembangkan rangkaian perniagaannya serta menjalin perkongsian strategik dalam sektor tenaga serantau.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) menegaskan semula komitmennya terhadap ketelusan penuh, penambahbaikan berterusan, keprihatinan kepada mereka yang terjejas, dan kerjasama berterusan dengan pihak berkuasa berkaitan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pengeluar pelincir dan minyak transformer terkemuka Malaysia, Hyrax Oil Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar tunggal minyak transformer berasaskan ester oleh Ergon Oil (Singapore) Pte Ltd, anak syarikat minyak Ergon Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
7bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
MOSCOW, 28 Jun (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menamatkan lawatan kerja beliau selama lapan hari ke Uzbekistan dan Rusia, menandakan detik penting dalam usaha baharu Malaysia untuk memperkukuh perkongsian strategik antarabangsa.
7bulan ago
MOSCOW, 28 Jun (Bernama) -- Malaysia amat memerlukan bakat dan kepakaran teknikal dalam bidang kejuruteraan elektrik, tenaga boleh baharu, sistem grid dan teknologi nuklear seiring dengan tumpuan kerajaan dalam sektor tenaga masa hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Citaglobal Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Tenaga Republik Kyrgyz untuk menjalin kerjasama memajukan projek tenaga di republik itu, khususnya dalam pembinaan kemudahan tenaga boleh baharu.
7bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
MOSCOW, 25 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memulakan lawatan kerja ke ibu kota Rusia dengan mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatannya Alexei Overchuk.