15hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2025) 2026 bagi perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2025 berjumlah RM8.4 bilion.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung West River Bhd, iaitu Neutron Power Sdn Bhd memeterai perjanjian penjualan saham (SSA) untuk memperoleh 95 peratus kepentingan ekuiti dalam Ace Hydropower Sdn Bhd dengan harga tunai RM850,000.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pengembangan sektor fotonik menjanjikan peluang baharu kepada industri pemasangan dan ujian semikonduktor penyumberan luar (OSAT) Malaysia, dengan pasaran diunjurkan meluas kepada kira-kira US$4.6 bilion menjelang 2030 apabila permintaan untuk infrastruktur rangkaian optik meningkat.
16hari ago
GEORGE TOWN, 10 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) telah mengaktifkan mekanisme pengawasan kecemasan bagi melindungi daya tahan rantaian bekalan berikutan ketegangan ketenteraan yang semakin meningkat di Timur Tengah.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, menjejaki kenaikan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa perang dengan Iran berpotensi berakhir tidak lama lagi.
16hari ago
Oleh Mohamad Syazwan Mustafa
JOHOR BAHRU, 10 Mac (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem baharu dalam sektor pembuatan termaju semikonduktor di Johor menerusi kemasukan sebuah syarikat peneraju industri atau “queen bee” dalam masa terdekat.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026, paras tertinggi dalam tempoh lebih 11 tahun, disokong oleh pengukuhan pegangan pertukaran asing dan peningkatan rizab emas.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang mengkaji semula mekanisme dan struktur bagi meningkatkan kawalan individu terhadap simpanan persaraan mereka berikutan sasaran untuk memperluas rangkaian tawaran berfokus persaraan untuk memudahkan pengurusan kekayaan secara lebih aktif.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia dijangka tumbuh mencecah RM13.8 trilion hingga RM20 trilion menjelang 2045 selain berkembang secara organik RM5.8 trilion hingga RM6.3 trilion bagi tempoh lima tahun akan datang.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang mempertingkatkan usaha untuk membantu syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak serta gas (OGSE) Malaysia meneroka pasaran baharu dan baru muncul di seluruh Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan unjuran pendapatan 2026 bagi Leong Hup International Bhd (LHI), dengan menyatakan sebarang potensi penalti daripada prosiding perundangan yang sedang berjalan mungkin dianggap sebagai barangan luar biasa atau bukan teras.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk suku pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.