12hari ago
KULIM, 5 Feb (Bernama) -- Pembukaan kilang milik sebuah syarikat dari Jepun yang menghasilkan kanta sentuh pakai buang harian, di negara ini memperkuatkan lagi hubungan strategik dua hala antara Malaysia-Jepun.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Malaysia-Jepun sedang berkembang, menuju ke arah penciptaan bersama, dengan syarikat Malaysia mengambil bahagian sebagai pembekal, rakan kongsi dan penyedia penyelesaian dalam rantaian nilai serantau dan global.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia dilihat berpotensi untuk memacu projek berkaitan iklim dan menempatkan diri sebagai model global bagi penyelesaian iklim jika modal, dasar dan pembangunan pengetahuan diselaraskan dengan berkesan, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
12hari ago
JAKARTA, 5 Feb (Bernama) -- Negara-negara anggota ASEAN perlu mewujudkan ekosistem pelaburan yang kondusif termasuk layanan yang setara bagi menyokong pelaburan syarikat dari negara anggota lain, sekali gus memastikan rantaian bekalan serantau yang lebih bersepadu.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) hanya akan berkuat kuasa selepas Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bertukar notis bertulis berdasarkan Artikel 7.2 ART.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Southern Cable Group Bhd memperoleh pesanan tambahan bernilai RM121.1 juta di bawah kontrak sedia ada dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi pembekalan kabel bawah tanah dan konduktor.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh IOI Properties Group Bhd (IOIPG), Fortune Growers Sdn Bhd menjual 50 hektar tanah perindustrian di Banting, Selangor kepada Bridge Data Centres Malaysia VIII Sdn Bhd (BDC) pada harga RM740.68 juta.
13hari ago
MELAKA, 4 Feb (Bernama) -- Melaka bakal menerima pelaburan lebih RM9 bilion bagi membangunkan pusat data berteraskan kecerdasan buatan (AI) yang pertama di negeri itu.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti kemasukan kenderaan eletrik (EV) yang diimport sepenuhnya ke Malaysia bagi memastikan hanya model berkualiti memasuki pasaran tempatan, sekali gus melindungi ekosistem automotif negara.
13hari ago
MELAKA, 4 Feb (Bernama) -- Melaka bakal menerima pelaburan lebih RM9 bilion bagi membangunkan pusat data berteraskan kecerdasan buatan (AI) yang pertama di negeri itu.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Defisit fiskal dijangka terus turun kepada 3.5 peratus berdasarkan Belanjawan 2026, hampir mencapai sasaran jangka masa sederhana 3.0 peratus mengikut Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023, sekali gus mencerminkan disiplin fiskal yang semakin kukuh.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) memeterai kerjasama strategik dengan dua syarikat berpangkalan di Dubai, MAH Gold and Jewellery LLC dan ComTech Gold bagi memperluaskan operasi rangkaian Public Gold ATM ke peringkat global.